Kesan Perpecahan Umat

Bismillahirrahmaanirrahim

Sejak kejatuhan Khilafah Othmaniyyah pada tahun 1924. Negara umat Islam mengalami perpecahan yang amat teruk. Perpecahan ini tidak datang secara tiba-tiba, tetapi telah dirancang rapi oleh musuh Islam tidak kira dari blok barat dan blok timur pada masa itu.

Apa yang pasti daripada perpecahan ini musuh Islam mengaut keuntungan yang tinggi. Dan kita amat tahu bahawa perpecahan lah yang membawa kelemahan. Kita sekarang boleh diperkotak-katikkan kerana lemah dan tidak bersatu.

Palestin tergadai

Inilah harga yang dibayar oleh umat Islam. Negara-negara arab di sekeliling bumi Palestin sedikit pun tidak mampu bangkit menentang pencerobohan Israel. Kerana apa?

Kerana perpecahan umat. Musuh Islam telah merancang dengan menjatuhkan Khilafah Othmaniyyah. Kemudian negara umat Islam dipecahkan (terutama di semananjung arab). Mereka bukan sahaja disempadankan malah dilagakan sesama mereka.

Contoh nya peperangan Iran dan Iraq, satu perancangan yang amat teliti oleh pihak musuh. Peperangan Maghribi dan Algeria kerana merebut kawasan padang pasir. Peperangan di Lubnan, Afghanistan, Pakistan dan banyak tempat lain lagi.

Akhirnya umat ini bermusuhan antara satu sama lain. Apabila yahudi memasuki Palestin tak ada satu pun negara arab mampu menentang Israel laknatullah ketika itu.

Inilah kesan perpecahan umat. Dan ingatlah wahai umat Islam, Yahudi dan Nasrani tidak akan puas untuk menghina dan menceroboh hak milik kita. Selagi kita tidak bangkit bersatu selagi itulah kita akan terus dihina.

Mustafa Masyhur


Beliau dalam menyebut masalah ini berkata ” …sudah menjadi suatu yang diketahui umum, bahawa usaha-usaha mencapai kesatuan melalui pemimpin dan pemerintah,  kesemuanya telah menemui kegagalan. Kesatuan ini sepatutnya lahir dari asas-asas tertentu, iaitu dengan mencapai kesatuan individu di antara rakyat di setiap negara Islam terlebih dahulu. Kemudian diikuti kesatuan antara rakyat tersebut membawa kepada kesatuan negara di mana rakyat menekan kerajaan tersebut agar menerima kesatuan dan membuang segala bentuk perselisihan…” (Kesatuan ‘Amal Islami Dalam Sebuah Negara, Mustafa Masyhur, Dewan Pustaka Fajar, 2009).

Saya dalam mengomentari apa yang disebut oleh Ustaz Mustafa Masyhur berpendapat dengan kefahaman Aqidah Islamiyyah yang sahih boleh membawa kesatuan umat. Selagi umat ini terus mendokong ideologi-ideologi ciptaan manusia selagi itulah mencapai kesatuan umat Islam menjadi angan-angan.

Satu perbahasan khusus diperlukan untuk membahaskan bagaimana aqidah boleh membawa kepada kesatuan. Dalam ruang yang terhad ini cukuplah saya menjelaskan secara umum.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Kesan Perpecahan Umat

    • Negara-negara sesama umat Islam sukar saling bantu membantu apabila mereka berpecah, masing-masing punya agenda masing-masing, bukan lagi agenda membangunkan Islam. Lihat sahaja Saudi membantu tentera Mesir menjatuhkan Dr Morsi yang dipilih secara sah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s