Saya Kerja Botol Arak

Bismillahirrahmaanirrahim

” Saya dulu pernah kerja kat PKFZ ” Kata seorang pelajar saya. ” kerja apa? ” Soal saya. ” kerja saya mengikis no siri kat botol arak. Haram tak kerja tu cikgu? ” tanya budak tadi. ” ada air arak ke dalam botol tu? ” soal saya balik. ” ada ” jawabnya ringkas. ” haramlah ” itu jawapan yang saya bagi.

Saya duga kerja kikis no siri botol arak ni mungkin nak mengelak cukai. Dari perbualan harian saya bersama pelajar, kebanyakan mereka bekerja selepas luar waktu sekolah. Yang perempuan ramai di suparmarket yang laki dari kerja basuh kereta sehingga menjual ‘barang motor’ dan mengedar dadah.

” Saya sanggup buat kerja apa sahaja cikgu, asal dapat duit “. Itulah luahan seorang pelajar. Semangat belajar tak ada dalam diri. Mungkin di benak mereka belajar tinggi-tinggi belum tentu dapat kerja. Nak masuk ke universiti guna duit lagi. Dah keluar universiti tawaran kerja belum ada surat hutang pula yang sampai.

Banyak sebab-sebab yang boleh menghalang nafsu belajar mereka. Selain kebanyakan pelajar saya berlatar belakang keluarga yang bermasalah. Maka kerja lebih dekat di hati mereka dari belajar.

Kerajaan tak mampu menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk graduan-graduan universiti. Lahirlah di fikiran mereka belajar tinggi-tinggi hanya sia-sia.

Mana mungkin kerajaan mampu sediakan peluang pekerjaan yang banyak. Duit negara banyak sangat yang tiris. Projek yang hanya 3 juta claim sampai 5 juta. Pemutar skru Rm 15 di pasaran jadi Rm 150. Beli kapal selam mahal-mahal hanya second hand sedangkan orang lain mampu beli baru dengan harga yang setinggi itu.

Akhirnya rakyat lah yang jadi mangsa. Subsidi tarik, minyak dijangka naik lagi sedangkan minyak dunia tak naik, tol ura-ura nak naik, apa ni…??? kenapa kami yang jadi mangsa…??? kami nak makan sebulan macam nak mati cari duit, tapi kamu diatas bila ada masalah kami yang dikenakan.

Tunggu saat kamu. Doa kami yang dizalimi ini akan sampai pada kamu tidak lama lagi. Hidup kuasa rakyat!!!

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s