Nak Sokong Lagi?

Bismillahirrahmaanirrahim

72 Peratus Penghidap AIDS/HIV umat Islam- Malaysiakini

Berkat dasar dan ideologi yang diamalkan oleh pimpinan sekarang. 50 tahun lebih merdeka rakyat makin hari makin punah. Makin jauh mengenal kebenaran. Ustaz-ustaz tak bagi ceramah/ kuliah/ pengajian ???? Nak bagi ceramah macam mana, bila ada yang tak kena, ustaz-ustaz digam, dipecat, dihalau dll. Terimalah hakikat golongan kafir atau munafiq (sekular/ liberal/ komunis dll) akan terus membenci agama.

Kita boleh islah dari dalam membaiki pimpinan sekarang. Ya! cara ni tak pernah dilarang oleh Islam. Tapi dari strategi dakwah sekarang tak berapa cerdik. Yang buat islah dalam kerajaan dua tiga orang dalam ruang lingkup yang amat terhad, dalam masa yang sama kerosakan, kemungkaran, kemaksiatan yang ditaburkan kepada rakyat beratus kali ganda dan bertali arus lebih banyak dari usaha islah yang terhad tadi.

Jika kencing manis tahap tidak boleh diubati kita bimbang dari terus merebak , dari terus merosakkan seluruh badan maka puncanya harus dibuang. Maka kita potong kaki. Begitulah masalah ini, apakah punca kerosakan umat? kita sudah guna pelbagai ubat tapi tidak berkesan. Maka jalannya adalah kita harus cabut dan buang punca kerosakan umat ini dari terus merebak merosakkannya.

Barulah saya faham kenapa TGNA betul-betul bersungguh nak cabut kerajaan sekarang ni. Begitu tidak setuju beliau bergabung dengan kerajaan sekarang, kerana kerajaan sekarang adalah barah yang sudah membusuk yang tidak boleh diubati lagi kecuali mencabutnya kerana itulah jalan yang memberi maslahah yang lebih besar terutama kepada rakyat dari terus dirosakkan dan diburukkan akhlak mereka.

( Mungkin ada orang tak pernah tengok rosaknya masyarakat di depan mereka. Saya pernah tengok pelajar saya bawa botol arak, beromen di waktu maghrib, bawa ganja di sekolah, pukul perempuan, pergaduhan kaum. Saya tak nampak masa tu kerosakan-kerosakan ini hanyalah berpunca dari didikan kerajaan yang berideologikan sekular dan nasionalisme).

“Ini Tanah Melayu, ini tanah kita bukan tanah orang Cina, kita tak takut,”  Kata seorang Ahli Pekida atau Perkasa ketika membelasah seorang cina. – Malaysiakini

Dasar mereka adalah melayu, perjuangan melayu dan inilah hasilnya. Benci kepada kaum lain. Saya pernah tanya dalam kelas  “kamu benci tak orang india dan cina??? ” Semua menjawab merek benci. Saya tanya lagi  “walaupun mereka orang islam?? “. Jawabannya amat menyedihkan saya. ” walaupun mereka Islam cikgu “.

Perjuangan kaum yang diamalkan di negara ini sama sahaja dengan perjuangan orang yahudi yang hanya menganggap mereka kaum yang mulia dan selain mereka adalah binatang. Saya tak faham kenapa masih ada orang sokong perjuangan seperti ini, sedangkan ajaran Islam sebaik-baik ajaran kerana kita semua adalah sama kecuali yang membezakan hanyalah taqwa disisi Allah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s