Mereka Lebih Bijak

Bismillahirrahmaanirrahim

Sejarah mencatatkan bagaimana perjuangan Islam dilalui penuh mehnah dan tribulasi. Perjuangan bukan dilalui dengan karpet merah. Kembali kepada sirah sekalipun kita akan dapati Rasulullah SAW melalui pelbagai ancaman oleh pihak taghut.

Ada orang nak lalui jalan perjuangan ni dengan mudah. Duduk dalam kerajaan dan islah perlahan-perlahan. Sedarkah apabila kita buat benda baik mereka runtuhkan. Kita nasihat perkara baik kemudian mereka tabur dengan maksiat. Ibarat kita bina bangunan mereka runtuhkan. Sampai bila nak siap??????

Dr Yusuf Al Qardhawi dalam menghuraikan perkara ini :

“…bagaimana mungkin seorang reformis akan melanjutkan proses reformasi yang dicita-citakannya, jika negara berjalan di arah yang berlawanan? Ketika ia berusaha memajukan, negara justeru melemahkan, ketika ia berusaha menyatukan, negara justeru memisahkannya, dan ketika ia berusaha mengarahkannya ke timur, negara justeru mengarahkan ke barat…” sambungnya lagi “…inilah alasan mengapa reformis-reformis dan tokoh pergerakan Islam akhirnya terjun terus ke dalam politik praktikal dan melakukan reformasi melalui idea ‘ Pembentukan negara Islam’ dalam rangka merealisasikan firman Allah SWT : orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. ( Al Hajj : 41)…” (Dr Yusuf al Qardhawi, Agama Dan Politik, 2007 ).

Sebagai ahli bijak pandai dan ulama besar serta tokoh ikhwan sudah tentu Al Fadhil Dr mengetahui jalan yang terbaik untuk sebuah perjuangan Islam pada masakini. Saya masih lagi hairan dengan teori pengislahan dari dalam, sejarah mencatatkan kegagalan demi kegagalan berdasarkan teori ini. Kenapa masih lagi ada yang mengharapkan kejayaan melalui jalan ini.

Dan saya benar-benar yakin dan beriman atas dasar kecintaan kepada Nabi Muhammas SAW yang menolak tawaran pembesar-pembesar Quraish sedangkan jika baginda menerima tawaran itu baginda boleh mengislah mereka dari dalam. Tetapi itu bukan sifat Islam. Bukan jalan yang dilalui oleh orang yang memperjuangkan Islam. Rujuklah Maalim Fit Torik oleh Said Qutb dalam menghuraikan sifat Islam.

Bagi mereka yang masih mengharapkan sesuatu dari teori islah dari dalam, saya menyeru agar bersama-sama  gerakan Islam, jika kita sama-sama bersatu dan ramai dalam menggerakkan amal islami sudah tentu kemenangan Islam itu dekat. Sedangkan Rasulullah dalam hadith menggunakan fi’el amar mengarahkan kita bersama jemaah Islam bukan jemaah sekular dll.

Kita tak yakin dengan hadith Rasulullah?

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s