Ucapan Pergulungan

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah bertolak pukul satu pagi dari Dungun sampai pukul 6 pagi di Kota Bharu. Usai solat subuH saya tidur di masjid as Syakirin bersebelahan Pasar Siti Khadijah.

Pukul 8 pagi ke PUTIK. Cari makan dan singgah hotel bersama Iqbal sehingga pukul 1130 pagi. Bosan saya duduk di luar dewan saya masuk ke dalam tinggalkan Iqbal berseorangan di luar.

Saya keluarkan buku dan pen untuk mencatat isi penting yang boleh diambil dari ucapan pergulungan Tuan Presiden. Apa yang menarik minat saya ialah nasihat buat ahli parti supaya memperkasakan parti bukan merosakkan parti.

Blogger

Ucapan jelas ditujukan kepada media baru seperti blogger. Memang tidak dinafikan peranan blogger dalam membantu memenangkan PR dalam pilihanraya baru-baru ini, tetapi sejak akhir-akhir ini kebanyakan mereka bebas mengkrtitik, sehingga kata Tuan Presiden ” jangan syok sendiri “.

Tuan Presiden datangkan satu kisah dimana Rasulullah pernah berjalan di kubur, lalu didengarkan kepada baginda orang yang sedang diazab, sehinggalah Rasulullah bertanya kepada Jibril atas sebab apa dia ini diseksa sebegini rupa? Jawab Jibril An Namimah.

An Namimah

An Namimah adalah orang yang membawa berita bohong ataupun berita benar tetapi merosakkan hubungan orang lain. Ya!!! disinilah saya lihat amat tepat ditujukan kepada blogger yang saya tidak tahu apa niat sebenar mereka menyebarkan berita-berita yang merosakkan jemaah.

Walaupun benar apa yang ingin disampaikan tetapi boleh merosakkan hubungan dalam jemaah. Orang seperti ini akan diseksa sepertimana yang dibagitahu Jibril kepada Rasulullah.

Ingat!!! ini jemaah kita, adab dalam jemaah macam mana? Jangan ikut politik orang lain, orang lain dia punya cara. Cara kita beradab dalam jemaah. Hendaklah melalui saluran yang betul.

Snock Hongraje

Tuan Presiden ada menyebut kisah Snock Hongraje, seorang orentialis barat dan pernah belajar di Mekah. Snock Hongraje ada menyebut tidak perlu takut kepada orang Islam yang hanya bersolat berjemaah di masjid, tetapi takutlah kepada ulama yang terlibat dalam politik kerana ingin mengembalikan kemuliaan Islam.

Tetapi masih ada orang menaruh harapan nak bersih dari dalam. Saya tak faham. Sedangkan cara ni dah jelas membuktikan kegagalannya. Tak ada dalil qat’ie yang mengatakan cara ini salah. Macam mana? Saya boleh kemukan satu kertas kerja menunjukkan cara ini salah dari sudut syarak.

Ulama Kerajaan

Ada orang kata sebab ada ulama dalam kerajaan lah pihak kerajaan ni tak jadi jahat. Silap amat silap. Kerajaan tak pernah ambil hirau ulama dalam kerajaan ni. Cuba tegur jawapan nya dipecat. Yang boleh kekal hanya yang sekadar baca doa dan tidak menegur kerajaan.

Selepas merdeka hinggalah sekarang, adakah kerajaan jadi lebih baik? Menterinya lebih berakhlak? Kalau sebab ada ulama dalam kerajaan, kerajaan tak jadi jahat sangat kenapa makin hari orang dalam kerajaan ni makin jahat. Buktinya Dr Mahathir pernah kata ” kalau zaman pemerintahan saya hilang RM 100 juta, zaman Pak Lah RM 200 juta “. Belum lagi kes-kes lain. Mana ulama dalam kerajaan???? Tak kanlah benda seremeh ni tak nampak. Pelik bin ajaib betul.

Menuju Ke Putrajaya

Tuan Presiden meletakkan keyakinan yang tinggi untuk menuju kejayaan. Tuan Presiden datang banyak kisah dari sirah Rasulullah SAW. Antaranya kisah dimana Rasulullah pernah dikejar ketika ingin bermusafir ke Madinah, sehinggalah si pengajar tadi jatuh tersungkur ke tanah beberapa kali atas mukjizat Rasulullah. Selepas dia menyatakan persediaan nya memeluk Islam Rasulullah menjanjikan gelang Rom kepadanya sedangkan ketika itu baginda masih belum mendirikan Daulah Islamiyyah di Madinah.

Cita-cita untuk ke Putrajaya bukan angan-angan kosong. Cita-cita ini adalah satu keyakinan kita kepada Islam. Di dalam buku Apa Erti Saya Menganut Islam? oleh Fathi Yakan ada bab Meyakini Masa Depan Adalah Milik Islam.

Kesimpulan

Saya menyeru kepada semua sahabat bersamalah dalam jemaah Islam. Inilah satu-satunya jemaah yang memperjuangkan Islam secara syumul, baik dari sudut aqidahnya, ibadahnya, sosialnya, ekonominya, politiknya, kebajikan masyarakatnya dll.

Apakah kita tidak yakin dengan janji-janji Allah yang mana Allah akan memenangkan agama ini? Agama ini akan menang melalui tangan-tangan kita insyallah. Dan kita bukan batu penghalang kepada kejayaan Islam ini dengan menyebarkan berita-berita atau apa sahaja cara untuk merosakkan jemaah. Allahu Akbar!!!

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s