Islam Manhaj Perubahan

Bismillahirrahmaanirrahim

Sedang saya membelek kutubkhanah di rumah. Saya terjumpa buku yang ditulis oleh Fathi  Yakan yang bertajuk Generasi Muda Dan Perubahan.

Sehelai demi sehelai saya membelek saya terpaku di tajuk ISLAM MANHAJ PERUBAHAN. Tajuk ni membicarakan bagaimana cara Islam bergerak. Adakah Islam bergerak dengan menyertai musuh dan mengislah dari dalam atau bagaimana.

Dengan tajuk ini saya harap dapat memahamkan golongan yang mengharapkan perubahan dapat terjadi dengan melakukan islah dari dalam.

Islam Manhaj Perubahan


” Satu daripada ciri-ciri Islam ialah ianya bersifat ” merubah “. Ia menolak cara menempel atau memperbaiki. Ia tidak rela dengan penyelesaian separuh-separuh atau sesuku-sesuku, atau ia tidak ingin mengharuskan hidup bersama jahiliah.

Firman Allah swt :

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan  ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah.

Al Baqarah : 193

Manhaj Rasul Adalah Perubahan

Manhaj Rasulullah saw dalam menghadapi jahiliah adalah bersifat ‘ taghyir’ (merubah). Tatkala orang-orang Quraisy menemuinya untuk berkompromi supaya Rasulullah menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagai balasan mereka akan menyembah tuhan Muhammad pula selama sebulan yang lain, Al Quran secara tegas menurunkan ayat :

Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah  menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”.

Al Kaafiruun : 1-6 “

(Generasi Muda Dan Perubahan, 1983, Fathi Yakan)

Jadi jelas bagi kita macam mana Islam itu bergerak. Islam bergerak dengan caranya sendiri. Mencabut kekufuran bukan membaiki satu persatu kekufuran yang berlaku. Kita wajib mengembalikan pemerintahan kepada Allah. Apa guna membaiki orang dalam kumpulan taghut tetapi dasarnya tidak berubah. Akhirnya tiada penyelesaian. Satu kerja yang rugi.

Sama-sama fikir-fikirkanlah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s