Ketuhanan Allah

Bismillahirrahmaanirrahim

Ketuhanan Allah ialah meletakkan Allah SWT sebagai Hakim di bumi ini. ” Perkara tersebut telah disepakati oleh para ulama usul dan dijelaskan di dalam pembahasan : al-Hukm di dalam ilmu usul  fiqh bahawa al-Hakim yang sebenarnya ialah Allah ta’ala, dan tidak ad lagi hakim selain -Nya, dan Rasulullah SAW hanyalah sebagai penyampai hukum hakam Allah ta’ala kepada manusia, dan ianya merupakan salah satu unsur terpenting dalam tauhid kepada Allah, firman-Nya :

Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab  kepadamu dengan terperinci?

al-An’am: 114 “

( Fiqh Keutamaan, 1996, Dr Yusuf al-Qardhawi)

Kita semua akan dianggap masyarakat jahiliyyah jika masih lagi menolak ketuhanan Allah ta’ala dalam bidang hukum, perundangan, akhlak, nilai-nilai, ketentuan-ketentuan, kefahaman-kefahaman, yang merupakan asas kehidupan dan pedoman bagi kehidupan masyarakat.

Setiap ketentuan dan perundangan dalam perkara-perkara tersebut yang bersumber bukan dari Allah ta’ala bermakna merampas kekuasaan dan ketuhanan Allah ta’ala dalam menentukan perundangan bagi semua makhluk-Nya.

Para pejuang kebangkitan Islam diseru supaya tidak membazirkan tenaga dengan memerangi kemungkaran-kemungkaran kecil yang asalnya tumbuh dari kemungkaran besar iaitu menolak kekuasaan Allah SWT. Anda menangkap orang melakukan zina sedangkan undang-undang zina tidak ada, akhirnya zina tetap berleluasa.

Para pejuang hendaklah tahu parioriti dalam berjuang. Keutamaan yang paling besar kini ialah mengembalikan kekuasaan Allah SWT di muka bumi ini. Jika manusia berani menafikan kekuasaan Allah apatah lagi perkara-perkara mungkar yang lain.

Apalah ertinya melarang orang mabuk-mabukan sedangkan tidak ada undang-undang melarang perkara tersebut, malah lesen diberi dengan meluas.

Apalah erti menegah orang dari berjudi sedangkan kedai-kedai judi tumbuh bak cendawan kerana diberi lesen secara berleluasa.

Kerja sebegini cukup meletihkan, ibarat kita membina rumah orang robohkan, kita bina lagi mereka robohkan lagi, sepatutnya kita hapuskan orang yang merobohkan rumah kita tadi barulah rumah mampu dibina dengan aman tanpa gangguan.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s