Terrorist?

Bismillahirrahmaanirrahim

Sekarang kita digemparkan dengan isu pengganas. Bila diminta bukti sampai sekarang tak dapat kemukakan. Apa helah golongan ini?

Kita boleh lihat dengan isu ini banyak kesan buruk timbul. Paling menyedihkan golongan agama mula menuduh puak yang lain sebagai pengganas.

Suasana seperti ini cukup merugikan perjuangan Islam. Apabila kita makin hampir mencapai kemenangan pihak munafiq memainkan isu Islam adalah pengganas.

Ini adalah cara yang digunakan oleh penjajah di serata dunia untuk memburukkan Islam. Dengan cara ini bukan hanya non-muslim malah orang Islam sendiri akan jauh dan takut untuk menyokong Islam. Selagimana umat ini tidak bersatu dan dipecahkan selagi itulah kita akan sentiasa lemah dan dihina.

Yang amat menyedihkan puak agama menuduh mereka yang berfahaman wahabi sebagai pengganas. Saya tak nafikan gerakan Wahabiyyah pernah berlaku ganas, tetapi mereka sebenarnya ditunggangi oleh pemerintah pada masa itu.

Pun begitu kita sebagai umat yang satu dan berpendidikan agama tidak perlu menjadikan sebab ini untuk berpecah. Kecuali mereka yang taksub atau mempunyai kepentingan.

Saya andaikan orang agama dalam kerajaan mungkin terpaksa mengeluarkan pendapat mereka selari dengan pemerintah. Mungkin juga telahan saya ini tidak benar. Wallahu a’lam.

Bagi saya orang agama tidak perlu mengeruhkan lagi isu ini. Kita tunggu bukti, benarkah pelajar kita samada dalam negara mahupun luar negara terlibat dengan pengganas.

Satu keadaan yang amat membimbangkan ialah penglibatan orang luar dalam isu ini. Jangan terkejut bila Amerika campur tangan atas sebab memerangi pengganas.

Saya lebih suka menyarankan umat Islam membaca prinsip keenam dari usul 20 Imam Hasan Al Bana. Baca dengan syarahnya sekali semoga kita jelas dengan isu khilaf dalam Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s