Budak Sekarang Makin Jahil

Bismillahirrahmaanirrahim

Lama tak cerita pasal sekolah. Kerana isu-isu semasa yang panas maka saya melihat mendahulukan isu semasa adalah lebih utama. Bukan kata isu masakini dah reda tetapi saya rindu nak cerita tentang sekolah.

Dua minggu bekerja selepas menghabiskan masa bercuti dua minggu, kami guru-guru dilambakkan dengan kerja dan program yang bakal dianjurkan.

Paling saya tak suka apabila program sekolah bertembung dengan program yang lebih penting, tetapi walau apa pun saya terpaksa pentingkan sekolah juga. Sabar sahaja la.

Dari pengamatan saya ada beberapa pelajar yang jahil dan tak mahu guna akal. Hampir 6 bulan mengajar dan bercerita dengan mereka ni, rupanya masih ada yang tak faham.

Kejadian ini berlaku minggu lepas. Saya sedang mengajar tetapi terganggu dengan gelagat seorang pelajar. Saya panggil kemudian mengajukan satu soalan. ” Allah wujud ke tak? “. ” erm…Allah tak wujud “. Jawab pelajar tadi tanpa rasa bersalah di muka. Saya terkejut bukan kepalang.

23 tahun saya hidup inilah kali pertama saya dengar dari mulut seorang melayu yang mengaku Islam. Ini adalah sejarah yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila.

Dalam hati saya salahkan sistem pendidikan, saya salahkan culture life yang dibentuk oleh pemerintah, saya salahkan juga diri saya kerana menganggap perkara asas seperti itu dah diketahui semua pelajar rupanya sebalik. Saya tak faham macam mana budak ni boleh lulus PAFA.

Kalaulah budak yang berpeluang belajar di sekolah mendapat didikan dari guru masih jahil perkara asas dalam agama apatah lagi mereka yang diluar sana yang tidak berpeluang ataupun tidak berminat belajar. Maka tidak heranlah banyaknya maksiat dan dosa-dosa yang dilakukan oleh umat ini, masakan tidak dalam pemikiran mereka Allah itu tidak wujud dan kita bebas untuk melakukan apa sahaja.

Inilah kesan serangan pemikiran oleh musuh-musuh Allah yang tidak akan redha kepada agama Islam sampai bila-bila. Pemerintah yang mengamal sistem yang diimport dari barat akan memberi kesan kepada masyarakatnya. Disini kita dapat mengatakan dengan tegas AQIDAH DAN PEMERINTAHAN ADALAH SALING BERKAITAN.

Sedarlah wahai umat. Hari ini mungkin berlaku kepada keluarga orang lain. Hari lain tak mustahil berlaku kepada ahli keluarga kita. Oleh itu saya menyeru kepada semua umat Islam, marilah kita kembali kepada sistem fitrah iaitu sistem Islam dengan mengembalikan pemerintahan Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s