Ibadah, Perkataan Yang Disalah Ertikan

Bismillahirrahmaanirrahim

Suka saya ingin membahaskan perkataan ibadah. Dewasa ini ramai di kalangan umat Islam tidak tahu, tidak faham ataupun tak pernah ambil hirau tentang ibadah.

Kerana itu dapat kita lihat berapa ramai yang mengerjakan ibadah tetapi rosak akhlaknya. Semuanya bermula daripada kekeliruan ataupun jahilnya seseorang itu tentang apakah yang dimaksudkan dengan ibadah.

Ibadah adalah perkataan bahasa arab yang berasal daripada alif , ‘ain dan dal yang bermaksud hamba, budak ataupun pelayan.

Berdasarkan maksud asal ini fahamlah kita bahawa tugas seorang budak ataupun pelayan kepada tuannya ialah melayan tuannya dengan baik. Seorang budak yang tidak melayan tuannya dikira budak yang derhaka/nakal/khianat/tak tahu berbudi dll.

Apatah lagi budak ini mengkhianati tuannya dengan patuh kepada arahan selain tuannya. Sebagai majikan sudah tentu tindakan yang keras harus dikenakan. Masakan tidak sejak kecil tuannya membela dan memelihara apabila besar taat dan patuh kepada orang lain.

Konklusi yang dapat kita buat ialah, kita adalah hamba kepada Allah, Allah menjaga dari setiap sudut aspek kehidupan kita, makan minum, udara, air, elektrik, kebijaksanaan akal, kesenangan hidup dunia dll. Semuanya tidak mampu dibayar walaupun seumur hidup. Oleh itu tunduk dan taat kepada Allah adalah seumur hidup selagi hayat dikandung badan dan tidak ada ruang seinci pun untuk kita berpaling tadah daripadaNya.

Masalahnya…

Ramai yang menganggap ibadah adalah solat, puasa, haji, zakat dan yang bersamaan dengan nya. Inilah kesan penularan kefahaman sekular dalam pemikiran umat Islam.

Umat Islam tidak menganggap perkara yang berkaitan kehidupan adalah ibadah. Sedangkan Rasulullah dalam satu hadith sahih menyebut ‘menggauli’ isteri itu dikira ibadah. Apatah lagi soal pemerintahan, perundangan, ekonomi dll yang lebih besar manfaatnya kepada manusia.

Maksud ibadah ialah kita hamba yang tunduk dan patuh kepada semua suruhan dan larangan Allah berdasarkan al Quran dan hadith. Makan ibadah, bersetubuh ibadah, memerintah negara ibadah, dan banyak lagi yang semuanya disebut di dalam al Quran dan hadith.

Inilah kefahaman yang benar dan sahih yang patut difahami oleh orang Islam. Bukan hanya membataskan kepada ibadah tertentu tetapi setiap semua aspek kehidupan kita bermula dari lahirnya kebumi dan kembalinya kita kepada tanah.

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Ad Dzaariyaat : 56

Ayat di atas menjelaskan tujuan kita hidup di dunia ini. Bila anda tidak berhasil mencapai tujuan hidup anda yang sebenarnya, yakni ibadat. Maka bereti seluruh hidup anda telah gagal.

Wallahu ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s