Di manakah intelektual mahasiswa?

Oleh Mohd Idham Zainal Abidin

Awal Julai ini menyaksikan puluhan ribu kemasukan pelajar baru di IPTA/IPTS seluruh negara. Tergambar kegembiraan di wajah ibu bapa masing-masing melihat kejayaan anak mereka bergelar mahasiswa, niat murni ibu bapa yang pastinya diiringi dengan harapan ingin melihat anak yang dihantar ke universiti, keluar sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai keyakinan tinggi dan mampu merubah masyarakat.

Paling tidak, ia mampu memperbaiki corak kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik dan teratur.

Oleh hal yang demikian, pembinaannya bermula daripada asasnya. Bagi mahasiswa baru, first impression mereka adalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru alam kampus yang selama ini dibayang-bayangkan sebagai sebuah pusat ‘gedung keilmuan’ dan keintelektualan. Maka Minggu Haluan Siswa (MHS) yang menjadi acara wajib saban tahun sebagai tapak pemula. Mereka akan didedahkan dengan realiti kampus, suasana, kehidupan dan cabaran yang bakal ditempuhi.

Minggu Haluan Siswa ataupun minggu suaikenal merupakan antara program wajib universiti yang melibatkan seluruh mahasiswa baru menjadi tapak pemula. Sinonimnya, minggu di mana mahasiswa mengetahui realiti tentang kampus dan gaya hidup dan cabaran sebagai seorang yang bergelar mahasiswa.

Namun,  di kampus Universiti Malaya (UM) yang terulung dan menjadi kebanggaan, tradisi tahunan mereka tetap diteruskan. “Cheers” yang  kononnya menjadi spirit dan pembangkit semangat mahasiswa baru, stupid debate yang diwar-warkan bertujuan melihat kelantangan mahasiswa berbicara, walhal hakikatnya tidak ubah seperti perbualan kosong dan sia-sia. Hal ini menimbulkan kekecewaan kepada segelintir ibu bapa berhubung pengisian MHS yang langsung tidak intelektual dan menurunkan nilai kemahasiswaan.

Apatah lagi, yang diluahkan oleh seorang ibu kepada mahasiswa Fakulti Bahasa & Linguistik Universiti Malaya, beliau menyatakan rasa terkilan apabila beliau gagal menghubungi anaknya untuk bertanyakan perkembangan terkini. Usai lewat malam, menghampiri jam 1 pagi, baru beliau dapat menghubungi anaknya. Setelah diselidiki, beliau mendapat tahu yang peserta MHS tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang MHS dan program bersama pembantu mahasiswa berlangsung. Beliau dengan rasa terkilan menyifatkan tindakan polisi yang digunakan untuk MHS kali ini tidak wajar, malah menyukarkan ibu bapa berhubung dengan anak mereka.

Seorang bapa dari Pantai Timur, merasa kesal dengan pengisian Minggu Haluan Siswa. Ini kerana beliau dihubungi anaknya yang bertanyakan pendapat untuk pertandingan debat yang bertajuk “Isu gosip mengangkat nama artis Malaysia” . Ekoran daipada itu, beliau menyatakan, sangat tidak relevan bagi seorang mahasiswa membincangkan perkara tersebut dan beliau mencadangkan perdebatan di kalangan mahasiswa sepatutnya berunsur ilmiah dan membina keintelektualan mahasiswa sebagai contoh pendidikan di Malaysia.

Memetik kenyataan Tan Sri Arshad Ayub, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya, dalam amanatnya sewaktu merasmikan Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya menasihat agar mahasiswa menjauhi perkara yang melalaikan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa seperti lepak, hiburan melampau dan pesta-pesta yang meruntuhkan moral dan kredibiliti mahasiswa.

Namun, apa yang berlaku, artis dan model terkenal Malaysia akan menjadi salah seorang juri dalam pertandingan “cheers” di UM. Separuh daripada mahasiwa menyatakan tindakan tidak bersetuju dengan kedatangan Maya Karin yang disifatkan makin menyebabkan mahasiswa mendewakan hiburan melampau yang melalaikan mereka. Mereka menegaskan, ianya akan menimbulkan banyak kemudaratan berbanding kebaikan, apatah lagi untuk mengadili “cheers” yang sememengnya rentak tari kosong yang menjengkelkan.

Di manakah intelektual mahasiswa yang diura-urakan universiti? Budaya keilmuan tidak lagi menjadi agenda utama dalam membangunkan modal insan mahasiswa. Bukan menolak hiburan, namun mahasiswa tidak boleh dididik dengan budaya hiburan yang melampau, kelak memberi kesan tatkala mereka sudah berada di tengah masyarakat.

Sumber : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=8434&mode=thread&order=0&thold=0

Advertisements

2 thoughts on “Di manakah intelektual mahasiswa?

  1. Bagi sesetengah orang, puluhan ribu anak muda yang masuk U xubah seperti ribuan ekor ayam yang nak diberi makan banyak2 kemudian akan disembelih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s