Pergaduhan Berdarah

Bismillahirrahmaanirrahim

Agak lama tidak menulis. Sempat Copy dan paste sahaja artikel yang amat penting buat pengisian jundullah. Sibuk? Agak sibuk. Malas? ada juga. Tak ada idea? Idea banyak cuma jari jemari berat nak bergerak. Alhamdulillah di kesempatan ini saya akan gunakan sebaiknya selepas lama berhibernasi dari menulis (tak adalah lama sangat).

Sekolah

Sejak mengajar selepas cuti pertengahan tahun tiada apa yang istimewa. Saya tetap mengajar seperti biasa. Cuma sedikit perubahan cara mengajar kerana silibus dah habis.

Saya lihat sejak silibus dah habis pelajar mula tak datang kelas dan ramai yang dah pandai memonteng. Sebelum ni seorang pelajar yang baik kini dah pandai menghilang diri.

Nakal jadi jahat

Pelajar  kelas saya boleh dikelaskan nakal pada awalnya. Tetapi sejak ada ‘syaitan’ baru masuk dari sekolah lain ke sekolah ini ramai pelajar yang nakal tadi dah jadi jahat, dah jadi ‘syaitan dan iblis’.

Saya faham bila pelajar lelaki jadi syaitan, yang saya tak boleh terima perempuan juga mula jadi syaitan. Mereka dah kenal rokok, arak, dan ice baby (dadah).

Report

Sedang saya duduk rehat selepas kelas, datang seorang pelajar lelaki. Katanya nak bincang sikit dengan saya. Budak ni lah yang report kepada saya tentang ada seekor ‘binatang’ buat ‘tahi’ di kelas saya.

Syaitan ni perempuan dan pandai mempengaruhi pelajar lain ponteng bersama dia. Bila ponteng mereka hisap rokok. Sekarang dah pandai hisap ice baby.

Tambah budak ni lagi dia tengok syaitan betina ni minum arak dua tiga empat tin tak mabuk-mabuk. Tandanya dah tegal dengan arak.

Bila dengar macam tu saya betul-betul rasa nak menyumpah bila dia buat tahi dalam kelas saya. Sekarang saya sedang berpakat untuk perangkap budak ni. Jika dibiarkan berterusan, makin ramai pelajar yang akan rosak kerana seekor tahi ni.

Pergaduhan berdarah

Letih saya fikir ‘tahi seekor ni’ saya dapat khabar ada pelajar perempuan gaduh dengan budak perempuan sekolah lain guna pisau. Saya ke bilik disiplin, budak yang kena toreh bajunya terdapat kesan darah. Dan budak yang guna pisau masih disoal siasat polis dalam bilik disiplin.

Arghhhhhhh!!!…….rasa nak pecah kepala ni dengar masalah pelajar. Belum lagi kisah tuan pengetua akan timang cucu haram dari pelajar perempuan tingkatan lima. Hancur!!! hancur!!!!…Umat ni betul-betul hancur!!!

Jika seteruk ni penyakit masyarakat kita, sudah-sudahlah dari kita guna hukum manusia, sebab manusia tak takut. Sudahlah-sudahlah gaduh wahabi vs sufi, sudah-sudahlah dari pertahankan dasar sekular, sudah-sudahlah buang masa dengan perkara furu’. Banyak lagi…umat ni tengah sakit menderita. Keutamaan sekarang adalah mengembalikan hukum Allah demi menyekat penyakit ni lebih busuk.

Kita tak akan mampu laksanakan hukum Allah tanpa sebuah negara Islam maka mendirikan sebuah negara Islam adalah wajib. Apalagi yang kita duduk buang masa. Ayuhh!!! berjuang.

Wallahu Ta’ala A’lam

(Tulisan yang penuh dengar perasaan yang bercelaru)

Advertisements

2 thoughts on “Pergaduhan Berdarah

  1. Salam sahabatku,
    Hatiku bagai dihiris perlahan-lahan selepas membaca beritamu. Teringatkah engkau ketika kita berjidal tentang pendidikan dan perubahan melalui politik, yang mana lebih penting. Ternyata kau sudah mendapat garam manisnya bersama anak-anak bangsa, bagi engkau mungkin akan jadi syaitan, tapi bagi aku ia masih boleh diselamatkan lagi.

    Selamat bersabar dalam menempuhi karenah anak bangsa. Doa sahabat2mu selalu bersamamu setiap masa.

    Aku teringatkan bagaimana aku hampir menangis apabila seorang pelajar tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah, bagi dia kalimah syahadah hanya Bismillah kerana bismillah diucapkan oleh kawannya sebelum melakukan apa2 perbuatan.

    Banyakkan lah sabar dan selalulah bangun malam, mungkin doamu makbul dan dia meletakkanmu di tempat yang lebih baik di masa mendatang. Empatiku bersamamu duhai sahabat.

    ~Aku sudah bekerja di Klang~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s