Aman Seketika

Bismillahirrahmaanirrahim

Budak perempuan yang datang buat hal di sekolah dalam cerita saya sebelum ni telah hilang untuk seketika. Betapa aman tak ada budak ni seorang.

Saya yakin lama-lama dia akan datang balik. Budak sekolah ni, mereka bosan ponteng di luar akan balik ke sekolah untuk cari kawan. Kemudian buat hal di sekolah. Sistem disini teruk sangat. Yang kena buang pun lepas merayu di PPD akan diterima balik. Budak-budak tak takut nak buat salah.

Sabar Sangat

Minggu lepas saya bawa budak-budak ni ke surau. Dengan harapan mereka ni tenang dan tak gelisah seperti di kelas. Alhamdulillah saya masuk ke surau bersama sekumpulan pelajar. Sebahagian mereka mengekori dari belakang. Kami masuk ke surau. Selebihnya terus ke pintu belakang kemudian keluar dari pagar sekolah.

Mereka tak nampak saya? Mereka nampak saya. KURANG AJAR. Itulah yang boleh saya katakan. Mereka ramai-ramai keluar depan saya kerana tahu saya tak mampu buat apa-apa pada mereka. Selesai minum air kelapa di luar, mereka masuk di depan saya tanpa rasa bersalah.

Ini dah melampau. Saya ambil buku-buku kemudian terus keluar dari surau tinggalkan mereka. Sebahagian dari mereka pegang saya sambil memujuk supaya jangan pergi. Saya hanya buat tak tahu terus tinggalkan mereka.

Kenapa tak ambil tindakan? Saya malas nak buat apa-apa pada mereka ni. Kebanyakan mereka ni dalam siasatan kes kurang ajar pada guru. Saya tak nak sibuk-sibukkan diri campur hal mereka. Lepas kena buang dari sekolah, seminggu kemudian saya yakin mereka akan masuk balik. Kerja tak cerdik.

Rasa nak boikot terus kelas tu ada juga. Tapi bila ingatkan dua tiga kerat yang nak belajar saya gagahkan juga masuk minggu ini. Sabar sahaja lah. Tak tahan? Boleh tahan lagi. Kadang-kadang fikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Saya tak nampak melainkan semua orang kembali kepada Allah dan RasulNya.

Ya Allah…Moga ku sempat mengecapi janji kemenangan Mu Ya Allah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s