Membetulkan Kefahaman

Bismillahirrahmaanirrahim

Antara tugas sebuah gerakan Islam yang patut diutamakan ialah membetulkan kefahaman umat Islam. Sejak berkurun-kurun lamanya umat Islam disogok dengan kefahaman Islam yang salah. Samada di bawa oleh barat mahupun anak didik tarbiyah mereka di negara umat Islam (Golongan yang mengaku Islam tetapi berfahaman sekular).

Ramai yang menganggap solat, puasa, haji, mengeluarkan zakat, bersedekah, berbuat baik sesama manusia sudah dikira sebagai muslim. Memang itu Islam tetapi sebahagiannya sahaja. Sedangkan kita diarahkan oleh Allah untuk mengambil Islam seluruhnya. Bukan mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

Dia telah menciptakan kamu dari bumi  dan menjadikan kamu pemakmurnya , karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat  lagi memperkenankan .”

Huud : 61

Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia lah pemakmur di atas dunia ini. Memakmurkan bumi Allah ini tidak cukup dengan hanya ibadat khusus dan mengabaikan soal keduniaan. Islam mengajar kita supaya mengimbangi hal dunia dan akhirat.

Bayangkanlah jika semua orang Islam hanya sibuk mengerjakan ibadat dan mengabaikan soal pencarian nafkah, pembangunan negara, ekonomi, dan lain-lain hal lagi. Lahirlah umat Islam yang lemah pentadbiran negaranya, ekonominya, dll. Disitulah point penting barat memburukkan imej Islam.

Kefahaman yang salah kepada Islam oleh umatnya akan memburukkan imej Islam kepada bangsa lain. Hasilnya setelah 50 tahun lebih mencapai kemerdekaan hanya berapa orang yang berani memeluk Islam. Saya katakan berani kerana mereka mengenal Islam dahulu daripada orang Islam.

Saya akui kefahaman yang salah membuatkan amalan Islam itu menjadi susah dan berat. Sebagai contoh apabila berlaku kematian, tuan rumah yang masih lagi bersedih terpaksa mengusahakan makan tahlil. Sedangkan Islam mengajar mereka yang datang ziarah lah harus membawa barang keperluan ataupun sedikit wang bagi meringankan beban keluarga si mati.

Saya melihat ketandusan ilmu lah sebagai punca terpesongnya kefahaman umat ini kepada Islam. Dan saya tidak menolak sosio masyarakat yang dicipta oleh pemerintah ( yang kini berfahaman sekular) antara punca terbesar umat ini makin terpesong dan jauh dari ilmu.

Membetulkan kefahaman Islam yang terpesong adalah antara kerja yang paling utama harakah Islamiah dalam era kebangkitan Islam di akhir zaman ini.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s