Berimankah Kita?

Bismillahirrahmaanirrahim

Ramai di kalangan masyarakat yang pernah mendengar perkataan iman. Kadang-kadang keliru antar IMAM dan IMAN. Memahami dan menghayati maksudnya hanyalah segelintir di kalanga kita.

Marilah kita kembali kepada maksud iman yang ditakrifkan oleh para ulama. Iman adalah percaya dengan hati, menutur dengan kata-kata dan beramal dengan perbuatan.

Berdasarkan takrifan ini, lengkapkah kita untuk digelar sebagai mukmin?

Percaya dengan hati : Kita mengaku Allah itu wujud, kita membenarkan dengan hati bahawa Allah lah pencipta kita, kita tahu yang Allah jugalah yang memberi segala nikmat dari langit mahupun bumi.

Menutur denga kata-kata : Bagi membenarkan apa yang ada di dalam hati kita tadi akhirnya kita mengucap kalimah syahadah sebagai bukti apa yang ada di dalam hati. Alhamdulillah.

Beramal dengan perbuatan : Disinilah titik penting untuk saya sebutkan. Bermula di awal pagi setelah bangkit dari tempat tidur, terus ke tandas membersihkan diri untuk ke tempat kerja. Sarapan kemudian terus ke tempat tujuan. Opss! tak sembahyang subuh? Tak sempat…. nanti lambat ke tempat kerja. Pelbagai alasan diberi.

Dimana kedudukan iman kita, atau tak beriman? Itulah realiti masa kini. Saya pernah lakukan survey secara tak rasmi di kelas-kelas yang saya mengajar. 2/3 pelajar adalah tidak bersembahyang. Setiap kali kelas soal solat lah saya tekankan. Saya sedar hidayah milik Allah, saya berharap dari keseluruhan pelajar itu ada yang memperolehi hidayahNya.

Ayuh!!! sempena Ramadhan Al Mubarak ini kita berusaha memenuhi ketiga-tiga syarat iman yang ditakrifkan ulama. Insyallah mujahadah lah yang mampu mengubah kita.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s