Saya, Maududi Dan Syed Qutb

Bismillahirrahmaanirrahim

Sambil menunggu saat berbuka saya sempat membelek karangan Sayyid Abu A’la Al Maududi. Penulisan beliau cukup memberi kesan. Penggunaan analogi mengingatkan saya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebetulan pernah belajar di India.

Buku yang berada di tangan saya Tazkiratu Du’atul Islam (Tazkirah Untuk Para Da’i). Apa yang membuatkan saya tertarik ketika Imam Al Maududi membicarakan tentang nifaq.

Kata penulis “ Nifaq ialah seseorang yang berpura-pura mengimani sesuatu sistem tertentu (Islam), menunjukkan penggabungan, penyerahan, dan kepatuhan kepadaNya tetapi di waktu yang lain dapat hidup dengan penuh rasa aman dan rela hati di bawah naungan satu sistem lain yang senyata-nyatanya bercanggah dengan keimanan dan pegangan yang awal tadi.”

Alangkah ramai golongan seperti ini. Hebat ibadatnya, jubahnya, serbannya, ilmunya, kehormatannya, tetapi selesa bersama sistem yang jelas bukan sistem Islam. Dimana nilai ibadat dan segala amal baik jika aqidahnya begitu.

Terlintas kata Sayyid Qutb “ Seseorang tidak dianggap bersyahadah sehingga dia menunaikan tuntutan syahadah”. Antara tuntutan syahadah yang paling asas ialah menjadikan Allah itu ‘Ilah’.

Arab Quraish bersungguh-sungguh menentang baginda kerana mereka memahami syahadah yang dibawa oleh Rasulullah adalah satu revolusi yang amat besar.

Jadikan Allah Ilah


“ Mereka (Arab Quraish) mengetahui bahawa al-Uluhiyyah bermakna al-Hakimiyyah yang tertinggi. Mereka sedia mengetahui bahawa mentaudhidkan Uluhiyyah dan mengesakan Allah dari sudut ini bermakna sedia merungkaikan seluruh kedaulatan yang dimiliki oleh para pendeta, ketua-ketua qabilah, para pimpinan dan pemerintah. Kedaulatan ini seluruhnya dikembalikan kepada Allah “. ( Fauzi Zakaria, Pengaruh Pemikiran Sayyid Qutb Terhadapa Gerakan Islam Di Malaysia, Ogos 2007).

Oleh itu perjuangan menegakkan pemerintahan Allah SWT ialah perjuangan aqidah. Perjuangan menunaikan tuntutan syahadah Lailaha Illa Allah.

Kebimbangan

Saya bimbang melihat golongan agama bersekedudukan atau mendokong pimpinan sekular. Saya faham jika niat adalah menasihati pemimpin seperti yang terkandung dalam hadith tetapi, bahasa politik bukan itu bacaannya.

Saya juga tidak sanggup melihat golongan agama yang menjadi batu penghalang kepada perjuangan jemaah Islam. Menghalang perjuangan Islam bermakna menghalang agama Allah ditegakkan. Wanauzubillah min zalik.

Aqidah adalah segala-galanya. Di bulan yang mulia ini saya mengajak sahabat-sahabat untuk bersama-sama mendokong perjuangan menegakkan Daulah Islamiyyah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s