Saya, Zhohiriyyah Dan Ust Abdullah Iraqi

Bismillahirrahmaanirrahim

Fahaman Zhohiriyyah

Fahaman yang hanya mengambil zahir ayat dan tidak melihat kepada maqasid syarak akan mengabaikan kemaslahatan manusia.

Suasananya pernah saya lalui ketika belajar di perantauan. Terasa dekat dengan Rasulullah SAW kerana kita mengamalkan apa yang dilakukan oleh baginda SAW.

Suatu hari saya terbaca satu anologi mengenai mazhab. Kata penulis, kenapa kita tidak mengambil minyak petrol dari perut bumi, kemudian diproses sehingga kita mampu menggunakannya. Jawapan nya mudah. Kita tiada kemahiran. Begitulah diibaratkan dengan mazhab. Kita tidak mampu mengeluarkan hukum daripada al Quran dan Hadith melainkan kita berhajat kepada imam-imam mujtahid.

Mengatakan “saya tidak bermazhab’ pada anggapan saya satu kenyataan yang kurang matang kerana hakikat menjelaskan bahawa kebergantungan kita pada mazhab adalah perlu.

Saya Ambil Yang Sahih Sahaja

Saya setuju orang awam adalah tidak bermazhab, kerana apa yang diajar oleh ustaz itulah pegangan mereka. Bagi yang mempunyai asas yang sahih dan menguasai ilmu muqaranah (perbandingan) bolehlah dia berpegang dengan apa yang diyakininya.

Tetapi apa yang membimbangkan apabila ada yang cuba membicarakan soal perbezaan mazhab dan hukum hakam. Akhirnya tercetus fenomena kepuakan dalam umat Islam. Niatnya mungkin betul, tetapi pendekatannya harus difikirkan.

Fahaman Ulama Mujtahid

Nama seperti Imam Ghazali, Imam Sayuti, Imam Nawawi dan ramai lagi, kesemuanya tidak asing bagi kita. Kehebatan ilmu mereka memang tiada tolak bandingnya. Tetapi mereka tidak terlintas untuk mencipta mazhab baru selain yang telah ada.

Itulah kefahaman wehdatul ummah (kesatuan umat). Mereka tidak mahu umat Islam terus berpecah sehingga akhirnya mereka menjadi lemah dan mengabaikan perkara yang lebih utama kerana perbezaan mazhab.

Ustaz Abdullah Iraqi

Tokoh hadith ni amat popular di sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan Klang. Cara pendekatannya boleh dikatakan amat berkesan.

Beliau menanamkan rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW kemudian dijelaskan amalan-amalan yang dilakukan oleh baginda dalam aspek kehidupan. Maka mad’u dengan mudah menerima amalan tersebut. Secara perlahan budaya melayu dapat dicabut dari amalan kebiasaan mereka.

Apa yang saya perhati, beliau akan cuba mengelak dari menggunakan istilah-istilah panas yang boleh merugikan kelangsungan dakwah.

Kesimpulan

Perpecahan di kalangan umat Islam adalah sesuatu yang merugikan. Sheikh Jamaluddin Al Afghani pernah melihat perpecahan yang amat dahsyat di India (ketikamana India dan Pakistan adalah satu).

Umat Islam di India terlalu ramai, cuma apa yang menjadi masalah ialah golongan ulama bergaduh dalam masalah furu’ dan tareqat. Sedangkan yang memerintah adalah British. Akhirnya Sheikh mengumpulkan mereka dan memberi ucapan.

” Jika kalian menjadi lalat dan mengerumuni telinga tentera-tentera British sudah tentu mereka menjadi pekak. Jika kalian berenang ke Pulau British dan mencampakkan setiap orang sebiji batu, sudah tentu kepulauan British akan tenggelam “.

Musuh Islam tidak pernah bimbang jika Islam hanya solat, puasa, haji, berzikir dan seumpamanya. Mereka bimbang bila Islam itu difahami oleh umatnya sebagai sebuah pemerintahan. Kerana mereka sedar, pemerintahan Islam akan meruntuhkan tamadun barat yang sekalian lama mereka bina.

Ayuh Syabab…!!! Tenaga kalian diperlukan demi perjuangan Islam. Sejarah mencatatkan pemuda lah yang menjadi tulang belakang dan barisan hadapan perjuangan Islam.

Allahu Akbar!

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s