Saya Dan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Bismillahirrahmaanirrahim

Suatu hari saya sempat membaca kolum minda Nain Presiden di HarakahDaily. Saya tertarik dengan soalan Mahfuz Omar kepada Ust Tuan Ibrahim.

Soalannya lebih kurang begini, “Jika ustaz diberi peluang untuk membuat sesuatu, apakah yang akan ustaz buat?”. Jawab Ustaz ” Saya nak sambung PhD. Tapi apakan daya dengan tugas yang diamanahkan impian tu mungkin tinggal impian”.

Bagi saya kalau ustaz nak sambung tak ada masalah. Ustaz boleh lepaskan semua jawatan dan tumpukan kepada proses pembelajaran. Tetapi perjuangan tetap menjadi pilihan utama. Saya yakin ustaz lebih memahami kenapa jalan perjuangan menjadi pilihan.

Kenapa berjuang untuk Islam?

Peristiwa hijrah merakamkan pengorbanan umat Islam yang terdahulu demi kelangsungan Islam. Mereka berhijrah meninggalkan kampung halaman, ahli keluarga, sahabat handai, harta benda, tempat tinggal, tanah suci Mekah dan segalanya yang dikasihi. Tidakkah semua itu penting? Memang penting. Tetapi Islam lebih penting daripada segala-galanya.

Jika Islam selamat, tanahair, keluarga, harta benda, semuanya menjadi selamat. Oleh itu Islam lebih utama ditegakkan lebih daripada yang lain.

Lihatlah keadaan di negara kita apabila Islam tidak ditegakkan. Rasuah, jenayah, bunuh, samun, judi, zina, buang anak, semuanya makin menjadi-jadi dan berleluasa.

Saya menyeru sahabat semua agar tidak leka dengan kehidupan masing-masing. Guru dengan caranya, pensyarah dengan caranya, peniaga dengan caranya dan lain-lain sehingga mengabaikan perjuangan menegakkan Islam. Perjuangan tanpa matlamat mendirikan Daulah Islamiyyah hanyalah retorik semata-mata.

Tanpa daulah Islam akan kekal di dalam kitab-kitab, di dalam penyelidikan-penyelidikan, kekal di percakapan sahaja. Islam tetap kekal sekular apabila digunakan sebahagian dan ditolak enteng sebahagian yang lain. Islam itu wajib ditegakkan diatas bumi bukan di atas buku.

Peristiwa hijrah tidak akan berlaku jika Islam sekadar solat, puasa, haji dan bersedekah, kerana Islam itu juga negara, pemerintahan, dan masyarakat. Maka wujudlah Daulah Islamiyyah yang pertama di Madinah.

Saya mengajak semua sahabat sama-sama menjadi pendokong perjuangan Islam. Mendokong perjuang meninggikan kalimah Allah. Perjuangan mengembalikan Daulah Islamiyyah. Perjuangan membebaskan perhambaan hamba kepada hamba kepada perhambaan kepada Allah semata-mata.

Bagaimana caranya di tanah air tercinta? perang? Sudah tentu tidak.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Saya Dan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

  1. Slm.

    Saya rasa blog ini menarik tapi bila membaca saya kurang faham kerana istilah yang digunakan dan memang saya tidak faham konsep-konsep yang ada dalam post ini.

    Saya rasa blog ini banyak beri faedah dengan memberi pembaca-pembaca peluang untuk melihat sesuatu dari sudut pandangan penulisnya. Bagi saya yang kurang ilmu, saya suka kerana perkara2 yang disebutkan bukannya sesuatu yang biasa saya jumpa dalam kehidupan harian saya.

    Saya ingin mencadangkan, selain daripada memberikan pandangan tentang isu2, penulis blog boleh menulis post yang berbentuk artikel untuk memberikan pengetahuan kepada pembaca. Ini penting supaya pembaca seperti saya boleh memahami konteks perbincangan yang diutarakan dalam post tuan puan sekalian.

    Contohnya, saya tidak faham maksud ‘daulah Islam’. Konsep itu biasa disebut, dalam buku atau dalam TV tapi saya tidak faham maknanya. Mungkin tuan puan penulis blog boleh menghasilkan post yang bertajuk ‘daulah Islam’ dan menjelaskannya dari asas.

    Saya minta maaf jika cadangan saya keterlaluan tapi saya rasa ada kebaikannya jika tuan puan ingin menghampiri pembaca-pembaca yang ilmunya tidak setanding dengan tuan puan, atau pembaca-pembaca biasa blog ini. Ahli masyarakat biasa, seperti saya, bukan semua tinggi ilmunya.

    Saya mempunya minat untuk memahami perjuangan Islam di negara ini. Saya rasa, ramai juga umat Islam di Malaysia yang mempunyai minat yang sama. Alangkah baiknya jika ada blog Islamik yang mesra masyarakat dan boleh menarik audience yang lebih besar.

    Sekian, terima kasih.

    • Bismillahirrahmaanirrahim

      Sangat hebat cadangan ini. Saya tidak akan tahu kalau pihak pembaca tak beri komen seperti ini. Insyallah saya tunaikan sebaik yang mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s