Silap Ahli Atau Jemaah?

Bismillahirrahmaanirrahim

Tulisan ini saya jawab atas tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh seorang sahabat. Beliau mengatakan ahli dan pimpinan dua kali lima apabila ada kenyataan-kenyataan yang kurang enak didengar keluar dari mulut ahli seterusnya mengutuk jemaah yang saya dokong.

Satu Analogi

Jika anda melihat kereta yang rosak akibat terlanggar tiang di tepi lebuhraya. Siapakah yang anda salahkan? Kilang pembuat kereta atau pemandu yang tidak berhemah. Sudah tentu pemandu.

Begitulah dalam jemaah. Apabila ahli mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif dan buruk kenapa yang disalahkan adalah jemaah? Dalam hal kereta kita cerdik menjawab, dalam hal jemaah tiba-tiba otak jadi tak sihat.

Saya ingin tegaskan kenyataan ahli tidak melambangkan kenyataan pimpinan. Jangan mengutuk pimpinan. Saya marah, betul-betul marah. Saya bimbang anda mengutuk mereka yang mewarisi perjuangan nabi kerana kita sama-sama memperjuangkan Islam.

Saya tidak kisah anda mendokong atau menyokong badan atau gerakan Islam yang mana. Tapi adab berbilang berjemaah tidak ada mengutuk dan berbangga dengan badan yang anda wakili. Selagi kita bersama jemaah Islam teruskan kerja mendaulatkan Islam, usah sibuk mencari kesalahan jemaah lain kerana kita memang tidak sempurna.

Kenapa kekuasaan?

Saya tegaskan hijrah tidak akan berlaku jika Islam sekadar solat,puasa, haji, zakat dan ibadat khusus. Kafir Quraish menentang nabi kerana Islam itu juga daulah, masyarakat dan pemerintahan. Kerana menegakkan kekuasaan Allah lebih tinggi dari kekuasaan manusia. Anda bersyahadah? tunaikan tuntutan syahadah. Tuntutan meletakkan agama Allah di tempat yang tinggi, bukan agama (kekuasaan) manusia.

Solat, zakat, puasa, haji di negara Balkan satu masa dahulu tidak dapat ditunaikan kerana tiada negara, dijajah Rusia. Apalagi hudud dan qisas, sudah tentu mengharapkan sebuah negara Islam. Anda muslim? Islam itu syumul. Kenapa berasa cukup dengan Islam kita sekarang sedangkan tidak ditunaikan semuanya?

” Mereka yang redha di dalam negara yang tidak menjalankan hukum Islam, padanya itu sifat munafiq ” Said Hawa. Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan.

Saya tidak melihat satu-satunya jemaah yang memperjuangkan Islam secara syumul melainkan jemaah yang saya dokong ini. Baik siasah, ekonomi, pendidikan, ilmu, kebajikan, masyarakat, malah semua aspek ada pada jemaah ini.

Allahu Akbar!!!

Wallahu Ta’ala A’lam

Muhammad Faiz Mukmin Bin Abdul Mutalib

Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s