Satu Bentuk Keracunan

Bismillahirrahmaanirrahim

Satu bentuk racun pemikiran barat ataupun pengikut fahaman barat adalah ‘memperlekehkan pelajar agama’. Golongan agama digambarkan tidak pandai dalam bidang pengurusan, ketinggalan dalam teknologi maklumat mahupun ekonomi, mundur, tidak stylo, dan pelbagai gambaran kemunduran.

Akhirnya golongan berpendidikan agama ini cuba membuktikan yang mereka tidak seperti yang digambarkan. Ada yang jadi jutawan, pakar IT, pereka fesyen atau peraga fesyen dll. Mereka kelihatan moden dan hebat. Berhasil barat meracuni pemikiran golongan agama.

Hakikat mereka yang memperlajari agama sudah tentulah menunaikan tuntutan ilmu yang dipelajari. Jika arkitek kerjanya membina bangunan, kenapa tidak pelajar agama? mereka lari dari landasan apabila dihasut oleh golongan barat.

Tak kan lah kita harapkan petani yang memberi didikan agama kepada masyarakat, sudah tentulah graduan agama. Amat menyedihkan apabila perjuangan menegakkan agama tidak dapat dokongan malah sokongan dari graduan agama. Sesuatu yang amat memalukan dan mengecewakan.

Ayuh sahabat-sahabat. Sama-sama kita fikirkan. Dimana pengorbanan kita dalam mendaulatkan agama Allah?

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Satu Bentuk Keracunan

  1. Saya tidak faham apa yang anda maksudkan dengan perenggan ini;

    [[Akhirnya golongan berpendidikan agama ini cuba membuktikan yang mereka tidak seperti yang digambarkan. Ada yang jadi jutawan, pakar IT, pereka fesyen atau peraga fesyen dll. Mereka kelihatan moden dan hebat. Berhasil barat meracuni pemikiran golongan agama.]]

    Apakah graduan agama tidak boleh melibatkan diri dengan aktiviti lain (tolak pereka/peragaan fesyen). Apa bantahan anda terhadap graduan agama yang jadi jutawan atau pakar IT?

    • Saya memang terlintas tentang ni. Jika nak dijelaskan (pada masa saya tulis tu) aritkel tu xakan dapat di post kan pada masa tu kerana saya terkejar2. Artikel yang saya tulis tu lebih kepada pengalaman ketika saya belajar. Ramai pihak dari kementerian meminta pelajar agama tidak menumpu kepada bidang agama sahaja. Apa yang menyedihkan mereka ni akhirnya mempunyai matlamat lain setelah tamat belajar nanti. Jika seorang yang belajar medic yang akhirnya menjadi doktor, itulah yang saya harapkan dari gol berpendidikan agama ni. Saya melihat ramai yang belajar agama samada dalam negara dan luar negara. Tetapi berapa ramai yang balik boleh diharapkan ilmu mereka membantu masyarakat sekarang. Suasana di sekitar pelabuhan klang contohnya teramat-amat sangat memerlukan bimbingan orang agama. Jika mereka ni serius belajar sudah tentu mereka akan lahir sebagai seorang doktor yang mengubat penyakit (hati) manusia. Saya tak nafikan kita sepatutnya menguasai pelbagai ilmu dan itu lebih sempurna tetapi janganlah sehingga memesongkan tujuan asal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s