Apa Tujuan Mereka Rosakkan Wanita Islam?

Bismillahirrahmaanirrahim

Selama anda berjalan dimana-mana anda akan dapati kecelaruan akhlak dan kerosakan penampilan golongan muda masakini.

Yang amat membimbangkan adalah golongan pemudi. Mereka seolah tiada rasa malu untuk berkelakuan tidak senonoh dan berpakaian menjolok mata.

Malah sesama mereka akan berlumba-lumba menggayakan fesyen dan aksesori mereka. Terdedah sana sini menjadi kebanggaan.

Mungkin kita tidak menyedari fenomena ini tidak akan berlaku tanpa ada cetusan dari pihak-pihak tertentu. Ustaz Jalal Al ‘Alim di dalam bukunya Seruan Barat Hancurkan Islam, Hapuskan Pemeluknya menjelaskan antara strategi barat menghancurkan umat Islam adalah dengan merosakkan kaum wanita mereka.

Sifat semulajadi lelaki adalah menyukai wanita. Oleh itu barat dengan rancaknya merosakkan wanita-wanita Islam dengan hiburan, pendedahan aurat, fesyen-fesyen yang menyalahi tatasusila agama Islam dan barangan kosmetik.

Hasilnya kekuatan diri sang lelaki lemah dengan panahan wanita. Maka muda-mudi Islam sibuk dengan keseronokan dunia, melakukan apa sahaja tanpa batasan. Soal agama tidak ada sudut dihati mereka. Musuh Islam bersorak dengan kejayaan ini.

Selagi pemuda pemudi Islam lalai, soal kebangkitan menentang kezaliman barat, mendaulatkan agama Allah, mengembalikan pemerintahan Islam yang adil, kewajipan jihad dan sebagainya tidak akan timbul.

Lipatan sirah membuktikan golongan pemuda lah yang menjadi tonggak kejayaan Islam di zaman Baginda Rasulullah SAW. Sukarno dalam ucapan beliau meminta diberikan kepadanya  pemuda untuk digoncangkan dunia ini. Itulah kehebatan kuasa pemuda.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s