Kuasa Dan Pengaruh

Bismillahirrahmaanirrahim

Dewasa ini kita lihat ramai yang cuba mencari dua perkara ini, kuasa dan pengaruh. Kedua-duanya menentukan kelangsungan kemewahan hidup duniawi, kedua-duanya juga mengatasi kehebatan jutawan dan siapa sahaja. Kegilaan manusia pada mengejar keduanya makin menjadi-jadi.

Ahli sains politik apabila mereka mentafsirkan atau memberi makna kepada perkataan atau konsep kuasa, mereka biasanya secara mudah mentafsir atau membuat analogi. Sekiranya individu A menyuruh individu B melakukan sesuatu dan B melaksanakannya tanpa kerelaan, maka dalam keadaan ini A dikatakan telah menggunakan kuasanya keatas B. Sekiranya B melaksanakan suruhan atau arahan tesebut dengan penuh kerelaannya maka dalam situasi ini A dikatakan menggunakan pengaruhnya keatas B. (Teori Domino : PRU 13 BN Tumbang, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, Jun 2010)

Ramai yang berkuasa satu ketika dahulu setelah kehilangan kuasa, mereka tidak lagi dipandang dan diingati, tetapi mereka yang berpengaruh kemana sahaja mereka berada disitulah mereka disanjung. Kedua-dua ini menjadi rebutan buat mereka yang mempunya kepentingan peribadi dan bersifat meterealistik pada masa kini.

Jauh dari kepentingan Islam sudah tentu membawa kesesatan. Meletakkan matlamat peribadi lebih tinggi dari matlamat Islam sudah tentu mengundang kehancuran. Kerana itulah Islam mengajar dalam apa kerja buat sekalipun hendaklah meletakkan Islam sebagai matlamat, agar dengan itu kita tidak mudah terpesong dari landasan asal.

Lebih besar perkara ini diingatkan buat amilin dalam memperjuangkan agama Allah. Niat harus selalu dizikirkan pada mengingati Allah. Sedikit terpesong bimbang jauh melangkah kedalam kebathilan. Perlu diingat kuasa dan pengaruh hanyalah sekadar wasilah yang menghubungkan kepada matlamat dan tujuan Islam iaitu meletakkan kalimah Allah di tempat yang tinggi.

Wallahu ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s