Mencari Syahid

Bekas Usrah Tetouan Di Ijtimak Tarbawi

Bismillahirrahmaanirrahim

Hari-hari terakhir saya berada di bumi Maghribi ada satu perasaan yang bermain di benak ini iaitu, bagaimana saya nak menunaikan tuntutan ilmu yang saya pelajari di tanah air nanti. Saya sedar ilmu haknya adalah disampaikan. Berpidato seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau Tuan Guru Haji Abdul Hadi? Sudah tentu jauh sekali.

Selain dari sudut pidato yang saya terokai pada diri ini yang jelas tidak tajam, hanya sedikit bakat penulisan sahaja saya ada. Saya masih terus menulis di blog sebagai wadah penyampaian dakwah. Apa yang jelas pada saya ianya tidak memuaskan dalam erti kerja dakwah kerana tidak memberi kesan yang menyeluruh. Saya yakin saya boleh pergi lebih dari sekadar menulis di blog(lagi pun berapa orang sahaja yang membaca di blog saya).

Bulan pertama saya bekerja saya dijemput oleh seseorang untuk ke Markaz Tarbiyyah. Alhamdulillah tidak sampai seminggu bersama mereka pelbagai program saya hadir. Berada dalam jemaah membuka mata saya betapa luasnya kerja dakwah.

Berada dalam jemaah mencelikkan minda saya tentang matlamt sebenar kerja dakwah tersebut iaitu mendaulatkan agama Allah SWT. Apa sahaja kerja yang memberi saham demi mendaulatkan agama Allah adalah dakwah dan jihad. Saya juga pernah terfikir kalaulah kerja dakwah hanyalah berkisar di kalangan orang agama, bagaimana pula orang awam? Sedangkan kerja dakwah adalah wajib keatas umat Islam?

Kini saya temui jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran saya. Jemaah memberi pakej kepada seluruh umat Islam untuk berdakwah. Apa sahaja usaha kearah mendaulatkan agama Allah adalah dikira dakwah.

Setibanya saya di tanah air sebelum menceburkan diri dalam amal dakwah saya sempat berfikir apakah jemaah yang bakal saya sertai? Ianya menjadi pilihan dalam diri saya. Masakan tidak, lihat sahaja berapa banyak jemaah yang ada di Malaysia. Mana satukah jemaah yang betul-betul menepati kriteria jemaah seperti yang disebut oleh baginda di dalam hadith nya yang sahih.

Imam Hasan Al Bana sebagai tokoh gerakan dakwah yang membangkitkan semangat kebangkitan Islam selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah menjadi sumber rujukan saya. Saya membelek sehelai demi sehelai lembaran buku beliau. Saya juga merujuk beberapa buku tokoh ikhwan seperti karangan Mustafa Masyhur seorang professional akhirnya menjadi ulama, Said Hawa, Fathi Yakan dan beberapa tokoh lain.

Jawapan yang saya temui dari buku-buku tokoh-tokoh ini, kesemuanya bersepakat ciri jemaah Islam yang wajib ada ialah perjuangan Islam yang syumul. Jemaah yang mempunyai perjuangan syumul iaitu dengan cara membangunkan sistem-sistem Islam dalam semua aspek kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. (Ustaz Abu Bakar Chik, Menegakkan Perjuangan, m/s 11).

Saya pernah bersama jemaah yang menegakkan Islam dari aspek individu, menekankan penyucian diri dan taqarrub ila Allah. Hampir separuh Ramadhan saya bersama jemaah ini. Satu tekanan menekan jiwa. Melihat fenomena keruntuhan akhlak di luar sana dan saya sekadar menyelamatkan diri tanpa menghiraukan mereka, ianya sama sekali tidak bertepatan dengan diri ini yang jauh merantau menuntut ilmu.

Saya banyak bertemu dengan jemaah yang memperjuangkan juzu’-juzu’ Islam. Saya tidak mahu lagi kecewa sepertimana saya bersama jemaah sebelum ini. Saya perlu mencari jemaah yang mengumpulkan semua aspek di dalam nya. Dari sudut akidah baik, ibadat baik, masyarakat baik, negara baik, ekonomi baik, pendidikan baik dan lain-lain.

Sedang saya melakukan amal Islami kotak memori saya mengimbau saat-saat usrah kami dahulu. Banyak ayat dan hadith mewajibkan umat Islam bersama jemaah. Antaranya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim “ Hendaklah kamu menyertai Jemaah Islam dan pimpinan mereka “. Juga firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (Ash Shaff : 4)”

Dalil-dalil ini cukup jelas bagi umat Islam untuk bersama jemaah Islam. Apatah lagi bagi golongan yang berpendidikan agama teramat wajib mereka bersama jemaah Islam. Menyampaikan dakwah secara fardi juga diantara tuntutan dalam amal Islami tetapi amal Islami ini terlalu banyak, maka kita berhajat kepada amal jamaei, dan amal jamaei itu tidak akan terlaksana tanpa jemaah.

Alhamdulillah sehingga kini saya berasa puas melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan. Manfaat nya cukup besar kepada masyarakat bertepatan dengan ayat Allah “ Rahmat bagi semesta alam”( Al Anbiyaa’: 107). Jemaah yang mengumpulkan kepimpinan ulama’, profesional, dan aktivis.(Ustaz Idris Ahmad, Risalah Balik Kampung, 2010). Sebuah jemaah yang lengkap dan teratur tanzimnya yang mana tidak ada pada jemaah lain.

Sebelum saya menutup tulisan kali ini saya teringat satu hadith baginda Rasulullah SAW yang membakar jiwa saya untuk terus hidup dan mati bersama jemaah ialah

من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله

“ Sesiapa yang berjihad untuk meninggikan kalimah Allah maka dialah yang mati pada jalan Allah”

(Riwayat Bukhari dalam kitabul ilm, no hadith : 123)

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat buat sahabat-sahabat jadikan panduan dalam menyuburkan dakwah Islamiyyah di tanah air insyallah. Takbir!!!

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Mencari Syahid

  1. Akhi,

    Cuba enta cari buku ini. Bagus untuk menghilangkan persoalan yang bermain di fikiran kita.

    Kaila Nandhi Ba3idan 3an Ihtiyajati Al-Asr

    كيلا ننضي بعيدا عن احتياجات العصر

    Buku karangan Said Hawwa.

    p/s – akhi, atawa33adu minka ttg jadual kuliah tu

    • Alhamdulillah buku tu ana dah ada…insyallah perlahan-perlahan ana cuba hadamkan isinya. terima kasih banyak2. Insyallah ana cuba dapatkan jadual tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s