Mencari Solusi

Bismillahirrahmaanirrahim

10/10/2010 mungkin hari bersejarah bagi sesetangah orang. Kami menumpang kemeriahan mereka yang menyambut tarikh tersebut samada majlis pernikahan, pertunangan, kelahiran dan sebagainya.

Saya dan isteri telah merancang bersama Adli dan isteri beliau untuk sama-sama menghadiri majlis pernikahan teman kami di Bentong. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam memberi pengalaman baru di tempat orang.

Usai di Bentong kami bergegas ke rumah YDP Pas Kawasan Gombak Ust Solehuddin Beliau mengadakan majlis menyambut menantu anakda Mohd Iqbal juga sahabat kami ketika di Pulau Melaka dahulu.

Dalam perjalanan pulang ke Klang kami singgah sebentar di satu kawasan tol untuk menunaikan solat. Saat itulah saya menceritakan betapa rosak institusi masyarakat masakini khususnya di sekolah tempat saya mengajar.

Antaranya masalah kebiadaban pelajar keatas guru. Kebanyakan pelajar pada masa kini telah hilang rasa hormat mereka. Ada yang melawan cakap guru, bermain telefon bimbit saat guru mengajar tanpa rasa bersalah, beramai-ramai lelaki dan perempuan melayan video lucah, bercakap perkara lucah sesama lelaki dan perempuan, berkongsi video lucah dan…

…pernah seorang bapa dipanggil kerana anak beliau ditangkap membawa telefon bimbit dan di dalamnya ada bermcam video lucah, anda mungkin terkejut dengan jawapan si bapa “ biasalah cikgu…saya dulu pun layan video-video macam ni juga ” sambil si anak tersengeh dengan jawpan si bapa. Pengetua yang pada asal nya ingin menasihati anak terbalik menasihati bapa.

…pernah seorang ibu datang membela anak nya yang telah melakukan pencabulan keatas seorang pelajar perempuan berbangsa cina, walaupun dia tahu si anak bersalah dia tetap membela anak nya. Si anak bangga dibela.

…pernah si ibu datang menyerang guru kerana guru terbabit menyakita anaknya, astaghfirullah…si ibu yang beragama Islam datang dengan seluar pendek (singkat habis), rambut kuning, dan pakai baju tube.

…saya juga pernah terjumpa pelajar perempuan yang keluar jam 2.45 pagi di tepi pantai saat kami buat operasi malam kemerdekaan, pelajar tersebut kelam kabut menghidupkan motor nya melarikan diri…

…di sekolah saya ada sepuluh orang anak angkat yang dipertanggungjawabkan kepada saya menyelami masalah mereka, antara mereka semua, saya sempat menemuramah beberapa orang pelajar yang betul-betul hardcore kejahatan (saya guna jahat sebab mereka bukan lagi nakal) mereka…

…antara yang diceritakan kepada saya adalah tentang dosa-dosa yang pernah beliau lakukan seperti, rokok, ponteng, judi, arak, zina, cabul, meragut, bergaduh, belasah orang, rempit, layan bohsia dll (hanya bunuh orang belum lagi)…saya tak sanggup nak dengar lagi, budak yang baru di tingkatan lima dah melakukan pelbagai dosa besar.

…pelajar terbabit dengan bangga boleh menunjukkan kepada saya pelajar perempuan yang pernah dia tiduri. Saya amat terkejut kerana pelajar-pelajar tersebut baik di dalam kelas saya, tetapi di belakang hanya Allah yang tahu.

Pernah seorang pelajar perempuan meluahkan yang ibunya hampir tiap-tiap malam bawa balik lelaki ke rumah dan tidur sebilik. Saya sedih dengan apa yang dialami pelajar tersebut.

Masalah buta agama terlalu ramai. Saya mengajukan beberapa soalan bagi membuat bancian mata kasar tentang masalah buta agama di sekolah ini. Antara soalan saya ialah berapa ramai yang tinggal solat? Ramai sangat. Berapa ramai yang tak pandai mandi wajib? Ramai (walaupun sudah mencapai baligh berkali-kali), Baca quran? Alif, Ba’, ta’ sampai ya’ pun belum tentu mereka kenal. Terlalu jauh mereka dengan quran maka jauhlah mereka dengan Islam. Jika inilah generasi pemuda zaman sekarang, bayangkan 10, 20 tahun akan datang.

Penat, sakit, tertekan, benci. Saya tak tahu apalagi ungkapan menyatakan perasaaan saya apabila memikirkan fenomena ini di sekolah. Jika diteliti pelajar-pelajar ini mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah. Darah muda saya cepat ingin mencari solusi.

Insyallah jumpa di tulisan seterusnya, adakah penulis memperolehi solusi yang dicarinya?

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

4 thoughts on “Mencari Solusi

  1. assalamualaikum,
    sy setuju dgn apa yg diutarakan ust,masalah sosial di kalangan remaja kini sgt membimbangkan, pengetahuan agama yg cetek mnyebabkan mereka seronok utk buat kerja2 ‘nakal’ ini. sy teringat kata2 ustazah sy ketika berkunjung ke sekolah lama,” kalau zaman kamu paling teruk hisap rokok,tp skng xde dah, lg hebat, masalah mereka lg advance”.
    itu di sekolah agama,apatah lg di sekolah biasa.

    sy belum ada pengalaman bertemu dan mendengar masalah pelajar2 spt ini,hanya melalui pemerhatian shj.InsyaAllah,semoga dipermudahkan usaha ust membantu mereka yg hampir setiap hari bersua muka dgn mereka.

  2. Salam,

    Podo, apa yang kau ceritakan memang cukup seram untuk aku baca, apatah lagi membayangkannya dan meletakkannya di atas bahu seperti bahu kau yang terpikul beban atasnya.

    Aku masih bersyukur, duduk di sekolah swasta, mungkin anak2 murid aku the ‘chosen one’ untuk duduk situ. Aku tidak tahu bagaimana nasib aku andainya duduk di tempat kau.

    Buat kali pertama aku bersetuju agar ‘duduk dan berjuang menukar sistem bersama’ kau.

    • Salam sahabat seperjuangan.

      Kalau aku fikirkan masalah-masalah ni boleh stress kemudian magrain. Aku cuba nampak normal hadapi budak2 ni.

      Sahabatku Fikri…tunggu msg dari aku ye. Jangan lupa datang join program. Kami tunggu kehadiran ko.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s