Mencari Solusi – 2

Bismillahirrahmaanirrahim

Saya tidak boleh terlalu mengikut perasaan mencari solusi. Saya masih mentah mengenal dunia ini. Saya tidak mampu bersendirian menyelesaikan segalanya. Sebelum mencari penyelesaian saya harus kenal apakah punca kepada masalah-masalah ini.

Ibnu Khaldun dalam magnum opus nya Al Muqaddimah menyebut, jika ingin melihat sosio masyarakat sesebuah negara pada masa akan datang, lihatlah kepada golongan pemuda masa kini.

Ini amat membimbangkan, jika suasana anak muda pada masa kini, begini tingkah laku mereka, saya dapat bayangkan kerosakan institusi masyarakat yang amat dahsyat pada masa akan datang. Perkara ini jika tidak ditangani dengan segera akan melahirkan generasi seperti yang sedia ada di US ataupun Eropah.

Antara punca yang dapat saya baca adalah persekitaran yang mementingkan aspek material. Suasana di sekeliling mereka mengajar kearah mengejar keduniaan, Faktor mudah mendapat pekerjaan dan gaji yang agak lumayan di sekitar pelabuhan antara faktor yang tertinggi.

Sosio masyarakat sebenarnya boleh dibentuk samada dari pihak kerajaan atau masyarakat itu sendiri. Jika dibandingkan di daerah lain, aspek pembangunan seiring dengan perkembangan ilmu.

Proses pencerahan ilmu di beberapa kawasan yang sibuk dengan pembangunan mampu dilakukan atas usaha gigih beberapa pihak. Pun begitu perkara ini tidak dapat dikembangkan ke pelusuk kawasan atas sebab kengkangan kuasa.

Generesi yang ada pada masa kini adalah yang dilahirkan 10 atau 20 tahun yang lalu. Berdasarkan maklumat yang saya dapat sebelum pemerintah baru memerintah, proses pencerahan ilmu boleh dikatakan hampir tiada. Paling aktif pun sebulan sekali kuliah ataupun pengajian.

Di sini kita dapat lihat proses pembinaan jiwa tidak seimbang dengan kepantasan pembangunan yang terlampau pesat. Saya bertambah sedih setelah mendapati proses pencerahan ilmu sebenarnya dibantutkan oleh golongan pemerintah dengan usaha-usaha jahat demi kepentingan survivor politik mereka sehingga mengorbankan masa depan rakyat.

Antara bukti yang boleh saya paparkan seperti yang disebut oleh seorang politikus juga aktivis masyarakat, Mahfuz Omar. Kata beliau “Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

“Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas,” katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri “.

Satu jawapan yang mampu saya berikan kepada masalah kerosakan sosio masyarakat adalah halangan mendapat ilmu. Jika diteliti sesebuah negara mampu mencapai taraf negara maju kerana keaktifan proses pencarian ilmu.

Saya melihat hanya retorik untuk mencapai negara maju dalam masa yang sama proses kebangkitan ilmu itu disekat. Usaha kebangkitan ilmu juga adalah sia-sia kerana kita disekat dengan pelbagai pendekatan legalistik yang tidak kena pada tempatnya dan akta-akta yang menyekat proses ini berlaku.

Oleh itu keutamaan yang paling besar pada masa kini ialah menukar mereka yang menyekat proses kebangkitan ilmu. Ini memerlukan usaha yang besar dan bersama samada badan politik, ngo, dan masyarakat khususnya.

Harapan saya melihat masalah ini selesai dan kita mengecapi kehidupan yang lebih aman dan makmur di bawah rahmatNya insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s