Racun Barat Untuk Islam

Bismillahirrahmaanirrahim

Tanggal 28 Rejab 1342 H bersamaan 3 Mac 1924 adalah tarikh kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah khilafah yang terakhir. Sudah 86 tahun umat ini berlalu tanpa khilafah. Kacau bilau, pecah belah, pergaduhan, peperangan dan sebagainya. Semuanya berpunca dari ketiadaan khalifah.

Saat kejatuhan khilafah yang terakhir, kawasan pemerintahan pada masa itu hanya tinggal sekitar Turki dan beberapa buah negara jiran nya. Lemah, tidak berkuasa, dan mudah ditumbangkan. Sedangkan negara-negara penjajah telah menguasai benua Asia, Afrika dan Eropah.

Satu persoalan timbul di benak kepala saya. Kenapa pihak barat yang menjajah banyak negara pada masa itu tetap ingin jatuhkan sistem khilafah? Adakah Khilafah boleh menggugat mereka?

Ya ! Sistem khilafah boleh menggugat mereka. Boleh menjatuhkan peradaban yang mereka cuba bina sejak sekian lama. Dengan khilafah seluruh bumi umat Islam walaupun dijajah akan kembali bersatu apabila khalifah kembali kuat. Mereka mula mengaturkan rancangan. Mustafa Kamal Artarturk dilantik oleh pihak barat sebagai agen yang akan menjatuhkan sistem khilafah.

Mereka sedar walaupun khilafah amat lemah dan tidak berkuasa pada masa itu, tetapi kekuasaan khilafah boleh dibangunkan dan dikuatkan pada masa akan datang. Pada masa itu cita-cita barat menguasai dunia hanya tinggal angan-angan.

Kini cita-cita mereka menjadi kenyataan, mereka bebas menguasai dunia, pelbagai undang-undang dan pertubuhan dicipta bagi mengekalkan tampuk pemerintahan mereka tanpa gangguan pihak lain terutama Islam.

Untuk meneruskan kekuasaan mereka di muka bumi ini, mereka memikirkan cara menjauhkan umat Islam dari agama Islam. Dengan memasakkan di dalam pemikiran umat Islam pemahaman yang salah maka umat Islam tidak akan mampu bangkit dan terus dikuasai barat.

Sekular

Ini antara bentuk senjata yang digunakan barat bagi menjauhkan umat Islam dari pemahaman agama yang sebenar. Islam digambarkan sebuah agama yang suci dan bersih, politik digambarkan soal perebutan kuasa, rasuah, pergaduhan demi kerusi pemerintahan, penuh penipuan dan penyelewangan bagi memperolehinya.

Secara halus umat ini menerimanya, mula termakan racun pemikiran ini. Malah golongan pemerintah mula mempromosikan politik suku, agama suku. Soal kehidupan harian tidak ada kaitan dengan agama. Fungsi agama terbatas di masjid dan surau-surau, tidak melibatkan politik ataupun soal pemerintahan. Dengan cara ini, sesiapa yang terlibat dengan politik dianggap kotor.

Mereka juga mula mempromosikan ‘Islam Politik’. Jika sebelum ini digemburkan dengan ‘Islam Sunni’ ataupun ‘ Islam Syi’I’ sehingga kini digambarkan ada satu puak orang Islam yang mementingkan soal politik.

Akhirnya umat yang telah dirasuk pemikiran mereka dengan kejijikan politik memandang cemuh segolongan Islam yang berjuang melalui jalan politik untuk menguasai pemerintahan seerusnya melaksanakan syariah-syariah Islam yang tidak boleh dilaksanakan tanpa sebuah negara.

Syeikh al- Khidhr berkata “ Memisahkan agama daripada politik sama dengan menghancurkan sebahagian besar hakikat agama” (Dipetik daripada Agama Dan Politik, Dr Yusuf al-Qardhawi).

Malah Dr Yusuf al-Qardhawi sendiri menegaskan “ jika Islam dipisahkan daripada politik, bererti bukan Islam tetapi agama lain”.

Akhir-akhir ini ramai dikalangan umat Islam mula memandang serong gerakan Islam yang mengambil jalan politik sebagai jalan dakwah mereka. Gerakan ini dipandang taksub kepartian dalam membuat keputusan dan tidak adil menghukum sesiapa. Ini satu permasalahan yang harus dihadapi oleh mana-mana gerakan Islam.

Inilah kejayaan barat dalam mempromosikan sekular dikalangan umat Islam. Selagi pemikiran umat berpaksikan agama itu suci dan tidak boleh dicampur aduk dengan politik kerana politik itu dianggap kotor, maka barat akan terus tersenyum menguasai dunia.

(Penulisan seterusnya Wahabi VS Sufi atau Khalaf VS Salaf)

Wallahu Ta’ala Alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s