Racun Barat Untuk Islam (Wahabi VS Sufi atau Khalaf VS Salaf )

Bismillahirrahmaanirrahim

Maryam Jameelah dalam buku Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab menjelaskan bagaimana gerakan wahabi bermula sehingga tumbang akibat Raja Sa’ud memperkudakan gerakan tajdid ini di tanah Arabia.

Gerakan Wahabi yang pada mula berjuang mempertahankan akidah umat Islam akhirnya berubah menjadi perjuangan nasionalis setelah Raja Sa’ud menggunakan gerakan ini bagi kepentingan kuasanya.

Pengikut gerakan ini ditanam semangat kearaban supaya menyerang Empayar Othamaniah. Mereka dihasut supaya mengambil kembali pemerintahan Islam yang sepatutnya di tangan orang arab bukan bangsa turk.

Berlakulah peperangan Arab Turk. Empayar Othmaniah ketika itu bukan sahaja menentang kuasa barat malah satu umat satu agama iaitu bangsa arab. Bermulalah disitu kebencian kepada gerakan wahabi, malah sehingga kini kebencian orang Turki (Turki pula antara pusat sufisme pada masa itu) masih lagi menebal kepada Arab Saudi.

Bermulalah kisah-kisah pergaduhan antara wahabi dan sufi yang tidak berkesudahan sehingga kini. Ini juga diantara produk yang direka oleh barat untuk memesongkan isu utama umat Islam.

Sedang umat Islam di Palestin sibuk membela bumi al Quds dari pencerobohan rejim Israel kita sibuk dengan kuliah-kuliah membantai antara satu sama lain sedang masyarakat makin keliru dengan pertelingkahan golongan agama ini.

Sedang sebahagian kita berusaha membina sebuah negara Islam kita masih lagi sibuk menentukan adakah membina sebuah negara antara keutamaan dalam Islam. Kita sebenar dipesongkan oleh barat dari isu utama umat Islam.

Sedarkah kita umat Islam di Palestin, Chechen, Mindanao, Kashmir, Sudan, dan lain-lain ditindas kerana Islam tidak berkuasa, kita tidak akan mampu berkuasa jika terus bergaduh sesama kita dengan masalah furu’ agama sedangkan agama itu tidak boleh ditegakkan tanpa sebuah negara.

Barat akan sentiasa mencetus api kemarahan dan pergolakan sesama umat Islam. Selagimana umat terus menerus begini dan tidak cuba memahami Islam sepertimana yang difahami oleh para salaf terdahulu (pemahaman Islam yang syumul) yang tidak membahagi-bahagikan Islam maka barat akan terus mengawal kita.

Ada perkara yang kita berbeza pendapat, tetapi mengembalikan kekuasaan Islam adalah perkara yang disepakati oleh umat kecuali mereka yang keliru dan tidak jelas pemahamannya.

Semoga Allah memberi kita hidayah untuk bersatu dan mengembalikan kedaulatan Islam insyallah.

Wallahu ta’ala a’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s