Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah

Bismillahirrahmaanirrahim

Muslim, berasal dari perkataan salama. Salama membawa maksud yang pelbagai, antaranya ialah tunduk dan patuh. Oleh itu sebagai seorang muslim tunduk dan patuh kita sudah tentu kepada rabbul Jalil Allah yang Esa.

Setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadah dikira muslim. Tetapi sejauh mana mereka yang mengaku sebagai muslim benar-benar memahami kalimah syahadah yang diucapkan?

Seorang muslim wajib menyedari dan memahami dengan jelas kalimah syahadah adalah sebuah perjanjian kita dengan Allah, perjanjian yang kita meterai sebagai pengakuan Allah SWT hanyalah tuhan yang satu-satunya layak disembah.

Di dalam syahadah itu juga kita mengikat perjanjian dengan baginda Rasulullah SAW. Kita mengaku bahawa baginda adalah pesuruh Allah. Baginda wajib ditaati sampai bila-bila pun.

Cuba kita menyemak kembali perjanjian yang telah kita tandatangani itu. Sejauh mana kita menunaikan janji hanya Allah yang layak disembah? Akhir-akhir ini dengan jelas dan nyata orang Islam sendiri yang menolak hukum Allah. Aqidah kita mula tercalar.

Cuba kita semak perjanjian kita dengan baginda Rasulullah SAW. Sejauh mana kita melaksanakan sunnah baginda? sejauh mana kita memahami ajaran Islam yang syumul (kerana kebanyakan umat hanya sibuk dengan satu dua dalam agama selebihnya ditinggalkan) dan yang paling penting adakah kita mengaplikasikan ajaran baginda?

Jika di dalam surah al Hujurat kita dilarang meninggikan suara melebihi suara nabi, tetapi dewasa ini cukup menyedihkan, bukan sahaja meninggikan suara tetapi melangkaui batasan ajaran baginda Rasulullah SAW dengan mereka-reka hukum selain hukum Allah. Sekali lagi aqidah kita mula rosak.

Sedarlah kita disini bahawa perjanjian yang kita meterai itu sudah dinodai. Ramai dikalangan umat ini yang menentang hukum Allah dan ajaran baginda yang syumul. Lafaznya syahadah, amalnya menentang syahadah (sifat munafiq apabila berjanji memungkirinya). Perilaku kita amat bercanggah dengan lafaz syahadah yang kita ucapkan. Akhirnya tidak ramai kita temui seorang yang muslim dari sudut aqidahnya.

Sama-samalah kita bermuhasabah adakah kita tergolong dalam golongan mereka yang bercanggah perilakunya dari lafaz syahadah yang diucapkan atau sebaliknya insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s