Sejarah Mengajar Kita

Bismillahirrahmaanirrahim

Jika kita kembali kepada sejarah, kita dapat lihat kuasa barat telah banyak menjajah di serata tanah umat Islam, dari baratnya di Morocco sehingga ke timurnya di Indonesia.

Tanah-tanah ini yang dahulunya milik umat Islam kini bertukar tangan kepada penjajah. Umat pada masa itu terumbang ambing mencari kesepaduan dan kesatuan setelah kejatuhan khilafah terakhir Uthmaniyyah.

Atas kelemahan itulah kuasa barat mengambil peluang yang dicipta mereka itu untuk menjajah dan meratah bumi umat Islam. Akan tetapi mereka sedar selama-lamanya tidak mungkin mereka bertapak di bumi umat Islam.

Walaupun umat Islam hilang khalifah tetapi iman yang teguh terus memacu mereka menentang kezaliman penjajah. Para ulama menjadi pencetus kepada kebangkitan jihad menghalau penjajah dari bumi mereka.

Kita ada Sheikh Abdul Qadir al-Jazairi di Algeria, Sheikh Umar Mukhtar di Libya, Sheikh Uthman Den Fodio di Nigeria,Hasan al-Banna di Mesir, Sheikh Amin al-Husaini di Palestin, Sultan Hasanuddin dan Iman Diponegoro di Indonesia, Tuan Guru Hasan bin Munas (Tok Janggut) Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Tanah Melayu.

Mereka inilah golongan yang berusaha gigih mengembalikan kedaulatan tanah umat Islam. Pihak barat menyedari mereka tidak akan mampu lagi bertahan dan menggunakan peluru-peluru menentang kebangkitan Islam, walaupun peluru mampu menembusi batang tubuh mereka tetapi iman terus mengalir mencetus jihad menentang penjajah.

Akhirnya pihak barat mengambil jalan yang lunak menghadapi kebangkitan Islam, mereka mula memperkenalkan fenomena demokrasi di negara kita. Lahirlah pelbagai parti pada masa itu. Perubahan keadaan ini membawa kepada perubahan pendekatan yang digunakan oleh gerakan Islam. Penentangan secara fizikal sudah tidak relevan digunakan pada masa itu. Begitulah fleksibelnya ajaran Islam.

Pihak barat memikirkan bagaimana untuk terus menjajah bumi umat Islam dan menghalang kebangkitan Islam yang bisa merosakkan rancangan barat untuk terus menguasai dunia selama-lamanya. Mereka menggunakan sektor pendidikan bagi melahirkan anak tempatan yang meneruskan agenda mereka.

Lahirlah perlbagai sekolah Inggeris di negara kita. Anak-anak golongan elit melayu diberikan kemudahan untuk belajar di sekolah tersebut dan seterusnya menyambung pelajaran mereka di tempat yang lebih tinggi di bawah tajaan dan didikan mereka.

Tanggal 1957 adalah tahun diisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu. Kuasa pemerintahan diteruskan oleh golongan yang mendapat didikan mereka. Biarpun tanah melayu bebas dari pendudukan British tetapi dasar dan perlembagaan negara ditentukan oleh British. Seolah-olah bertukar bos baru dalam sebuah syarikat pembuatan makanan, kerana tujuan mereka tetap sama ialah mengeluarkan makanan sedang cara mungkin sedikit berbeza.

Amat malang kepada sekalian rakyat di negara ini yang menganggap tanah air mereka sudah bebas dan merdeka sedangkan mereka masih terus dijajah di bawah perlembagaan manusia. Bagi umat Islam aqidah kepercayaan kita ialah membebaskan diri dari perhambaan sesama hamba kepada ketaatan yang suci hanya kepada Allah SWT.

Perjuangan mendaulatkan Islam yang dicetuskan oleh ulama terdahulu akan tetap diteruskan sehingga Islam itu benar-benar tertegak. Dan kita amat jelas perbezaan keadaan sahaja yang membezakan pendekatan yang digunakan mereka terdahulu dengan pendekatan yang digunakan sekarang.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s