Persediaan Sang Mujahid

Bismillahirrahmaanirrahim

Bagi seorang mujahid yang berjuang atas jalan Allah SWT hendaklah bagi mereka persediaan yang rapi dalam menghadapi pelbagai mehnah, tribulasi, dan pelbagai masalah.

Antara musuh yang bakal dihadapi oleh para mujahid boleh saya ketegorikan kepada dua :

1. Musuh Zahir

2. Musuh Batin

Musuh Zahir

Musuh yang sama-sama akan kita hadapi dan bertentangan dengan mereka. Kadang mereka ini golongan kafir, mungkin juga musuh dalam selimut seperti sahabat-sahabat dalam saf perjuangan yang tidak menyenangi kita atau golongan munafiq yang mengaku muslim tetapi menentang Allah.

Kebanyakan kita tidak bermasalah menghadapi mereka, mungkin dengan hujah, debat terbuka mahupun tertutup, sehingga penentangan bersenjata.

Musuh Batin

Musuh ini adalah apa yang ada di dalam diri kita. Itulah nafsu. Kadang nafsu menguasai diri sampaikan serban di kepala bisa bergegar jatuh ke tanah. Hati yang dikuasai nafsu melahirkan pemikiran seterusnya perbuatan yang berteraskan nafsu.

Hati yang dikuasai nafsu akan bercambah galak perkembangan nya dengan amal perbuatan yang menyalahi hukum Allah. Anda bisa melihat mereka yang mengambil ringan soal ibadat khusus seperti solat akan lebih mudah cenderung melakukan  maksiat kepada Allah.

Mendidik hati adalah satu keperluan buat mujahid tentera Allah. Ibadat nya harus berbeza dengan orang awan. Mesti lebih berbanding mereka yang diluar jemaah. Individu seperti inilah yang akan menjadi aset buat jemaah yang akan merealisasikan janji kemenangan kepada Islam.

Sebuah gerakan Islam sudah tentu sedar setiap ahlinya perlu diberi kekuatan menghadapi musuh. Maka lahirlah proses tarbiyyah di dalam nya. Proses ini wajib dilalui oleh semua ahli jemaah. Samada usrah, tamrin, mukhayyam dan sebagainya. Proses inilah yang akan mendidik jiwa setiap mujahid, proses inilah bakal melahirkan pejuang yang ikhlas, faham, dan beriltizam melaksanakan amal Islami.

Kesimpulannya bagi mujahid yang beriltizam di dalam jemaah harus sedar musuh yang bakal dihadapi bukan sahaja dari kalangan kuffar atau munafiq bahkan musuh itu ada di dalam jiwa setiap mujahid. Seorang mujahid perlu bersedia di tarbiyyah kerana dengan tarbiyyah lah dapat membendung musuh menguasai diri kita sehingga melahirkan perbuatan yang menyalahi amal makruf.

Wallahu Ta’ala A’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s