Tragedi 5 Disember Inspirasi Perjuanganku

Bismillahirrahmaanirrahim

Hampir sebulan kempen bantah kenaikan air dijalankan. Kali terakhir mendengar taklimat isu air ialah di Dewan Hamzah oleh Abang Mat (Mat Sabu). Kami anak muda berjanji untuk bangkit turun pada 5hb Disember itu.

Sebelum tarikh 5 Disember saya sempat pulang ke kampung mengambil umi dan abah yang baru pulang dari haji. Awal-awal lagi umi dan abah saya khabarkan tentang demo yang akan saya hadiri. Seperti biasa umi dan abah tetap mengizinkan.

Malam sebelum pulang ke Klang saya angkut Kitab Feqhul Jihad karangan Dr Yusuf al Qardhawi ke dalam bilik. Saya tatap isi kandungan kitab. Saya cuba mencari tajuk yang sesuai dengan perjuangan Islam di Malaysia. Yah! Memang ada. Tajuknya tepat untuk 5 Disember ini. Jihad menentang kezaliman. Saya i’tikad kan 5hb ini adalah jihad. Penerangan nya cukup jelas.

Seawal subuh hari saya dah dapat sms dari sahabat-sahabat untuk ke Masjid Negara tapak perhimpunan kali ini. Cadangnya nak keluar selepas sarapan apakan daya ada sahabat-sahabat yang lain belum sampai. Saya ambil masa untuk keluar bersarapan dengan zaujah.

Zaujah tak menghalang. Dari pengalaman demo yang zaujah pernah lalui saya teruja untuk merasai sendiri gas pemedih mata dan air water cannon. Pagi sebelum berangkat zaujah sediakan garam, air, dan serban untuk dibasahkan bila terhidu gas nanti.

Warna  tema perhimpunan kali ini ialah merah. Tiba di Stesyen KTM Kuala Lumpur lautan manusia yang berbaju merah kelihatan memenuhi dataran masjid negara. Kami mengambil masa untuk minum sebelum masuk waktu zohor. Usai minum kami terus kearah masjid. Baju hijau bertukar merah, kami mula bergabung bersama peserta demo.

Waktu zohor hampir tiba. Tempat wuduk dan tandas menjadi sasaran peserta. Apakan daya semua tandas dan tempat wuduk ditutup kecuali satu tempat sahaja. Jelas ada perancangan menggagalkan himpunan rakyat kali ini. Semua itu tidak mamatahkan semangat peserta.

Azan dilaungkan, solat dan doa cepat sekali dibaca. Peserta mula keluar dan berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan-ucapan yang akan membakar pentas masjid negara pada petang itu. ” Tuan-tuan dan puan-puan bersama kita pada hari ini hampir 20 ribu rakyat….” Pentas ucapan dimulakan oleh Ust Badrul Amin.

Saya mengambil barisan depan mengawal pimpinan yang membawa banner menuju ke Istana Negara. Usai ucapan daripada beberapa pimpinan dan diakhiri oleh Menteri Besar kami terus bergerak menuju ke Istana Negara melalui Stesyen KTM.

Dalam ucapan Ust Badrul Amin tadi menyebut pihak polis akan mengawal keselamatan peserta yang menghadiri demo pada petang itu. Tepat dihadapan Stesyen KTM kami dihalang oleh satu barisan Polis dan PGA. Peserta terus merempuh barisan polis sehingga pecah.

Pihak FRU yang melihat peserta demo mula menghampiri mereka melepaskan berdas-das gas pemedih mata. Yah..!! itulah kali pertama dalam hidup ini saya menghidu asap gas pemedih mata. Mata pedih, hidung berair, tekak sukar bernafas.

” Garam…garam…” Laung peserta. Teringat garam yang disediakan zaujah. Cepat-cepat saya keluarkan garam, air dan serban. Pedih mula reda bila garam dihisap. Saya ambil serban untuk melindungi dari terhidu asap. Peserta demo yang lari bertempiaran sekali lagi membentuk barisan.

Belum sempat kami bergerak sekali lagi gas pemedih mata ditembak, air water canon dipancut ke marata tempat. Peserta akhirnya terpaska berundur kembali ke Masjid Negara. Pimpinan mula berhimpun dan membuka pentas pidato.

Anak-anak muda yang tidak berpuas hati masih lagi memprovokasi pihak Polis. Beberapa pimpinan membakar pentas pidato dengan kata-kata semangat untuk anak muda. Kami akhirnya diarahkan oleh pihak pimpinan untuk bersurai secara aman.

Argh…!!! Air water cannon sekali lagi dipancut kedalam perkarangan masjid. Saya lari dan bersembunyi di tiang air pancut daripada terkena air water cannon. Tiba-tiba saya lihat ramai peserta bertempiaran lari, barulah saya sedar beratus-ratus polis dan PGA menyerang Masjid Negara dengan menangkap peserta demo.

Saya pada mula berlari tetapi ambil keputusan untuk berjalan dalam ratusan polis itu kerana menyangka tidak akan ditangkap. Saya dipegang seorang polis, tetapi dilepaskan kembali kerana mengejar peserta lain, belum sempat beberapa langkah datang seorang PGA melambung saya ke tanah.

Berpuluh-puluh lutut polis diatas tubuh dan kepala. Saya menutup muka dan tulang rusuk bimbang ditendang. Alhamdulillah tiada apa yang tak diingini berlaku. Beberapa peserta yang melawan akan dipukul, tampar dan ditendang dengan but. Semua tu berlaku ditepi saya.

Akhirnya kena juga, Alhamdulillah. Bukan nama perjuangan tanpa ada mehnah dan tribulasi. Sedang kami dikumpul beberapa orang polis mencerca dan memaki kami. Kami diarahkan bangun dan menaiki Black Maria (Trak Polis). Ini kali kedua saya menaiki trak Polis.

Ketika di dalam trak saya sempat menghantar beberapa sms kepada kawan-kawan untuk perkembangan. Beberapa sahabat memberi kata semangat dan meminta bersabar. Kami dibawa ke Kem PGA Cheras. IC diambil dan statement direkodkan. Kami juga diberi peluang untuk solat asar berjemaah.

Jam 5 lebih kami akhirnya dilepaskan. Ramai sahabat-sahabat telah menunggu di luar pintu PGA. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang musibah. Inilah kenangan terindah dalam hidup. Semua ini menjadi inspirasi dan semangat untuk saya terus bangkit mencapai cita-cita yang mulia.

Allahu Akbar !!!

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

One thought on “Tragedi 5 Disember Inspirasi Perjuanganku

  1. Allahuakbar!
    alhamdulillah, masih menikmati nikmat iman dan islam..
    teringat pada kata2 seorang sahabat..
    nikmat dkwah itu bila dtgnya ujian..
    saat itu trasa bnr nkmat dkwah..
    krn itulah msa yg bnr2 kta rsa dkt dgn Allah..
    dan bla dtgnya ujian itu..
    msih ada saudra seislm kita yg brjuang brsama2 mngakkan islam..
    moga islam trtegak di bumi ini suatu hari,..
    takbir!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s