Mengembalikan Kemuliaan

Bismillahirrahmaanirrahim

Tahun baru 2011 hanya tinggal beberapa hari lagi bakal menjelma. Musim ‘bercucuk tanam’ seperti saban tahun bakal berlaku. Musim ‘menuainya’ adalah selepas sembilan bulan sepuluh hari. Saat itu akhbar-akhbar di negara penuh dengan kisah-kisah tragis anak dibuang sehingga mak cik kedai makan di Port Klang mencemuh ” hari-hari buang anak, yang kahwin nak dapat anak cukup susah “.

Itulah fenomena yang berlaku di negara kita, bukan sahaja sambutan tahun baru, sambutan hari Wesak yang tak ada kaitan dengan mereka pun mereka ‘sambut’. Dengan kata mudah asal ada peluang mereka gunakan sepenuhnya.

Banyak faktor yang menyebabkan anak remaja nipis aqidah mereka, tivi, persekitaran, kawan-kawan, pendidikan dll. Saya cukup sedih melihat hedonisme yang ditabur kepada remaja. Sudahlah mereka ni dijauhkan dengan agama sebagai benteng iman, kini mereka dihujani hiburan melampau tanpa sempadan.

Sehebat manapun ibu dan ayah mendidik anak mereka, kebanyakan mereka tetap kecundang dan tidak mampu melawan arus kemodenan masa kini kerana di luar sana ‘guru-guru’ yang lebih hebat dan memikat hati anak-anak terlalu ramai dan banyak.

Faktor terbesar pembentukan imej remaja ialah suasana dan media. Media terus menerus memaparkan corak kehidupan remaja masakini. Dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kasut. Drama-drama, movie-movie menayangkan corak kehidupan masakini.

Dalam kebobrokan kehidupan manusia masakini ada sebilangan pemuda yang tetap hati mereka, cekal jiwa mereka menongkah arus kejahilan moden, mereka cinta dan mempertahankan aqidah dari ditembusi anasir jahat yang bisa meragut iman dari dada mereka.

Mereka inilah sebilangan kecil yang terus berjuang mendaulatkan ad Din dalam jiwa umat. Rasa tanggungjawab ini dengan sendirinya lahir apabila iman di dada terus disuburi dan dibajai dengan kecintaan kepada Allah SWT.

Secara aqli dan naqlinya memang wajib ada sebahagian umat ini terus berjuang mempertahankan agama dalam ketamadunan manusia yang kian merudum ini. Tamadun yang rosak perlu disediakan tamdun inisiatif bagi mengganti kehancuran yang kian membarah dalam masyarakat kita.

Saya melihat manusia telah melanggar sistem hidup diatas bumi Allah. Manusia tidak mengikut manual hidup yang telah digariskan oleh ‘Tuan Rumah” bumi ini. Seperti di lebuhraya jika ada yang melanggar sistemnya padah bakal menanti.

Saya teringat ada seorang pelancong yang memandu arah bertentangan di lebuhraya, walaupun lebuhraya itu luas tetapi sistem telah ditetapkan arah perjalanannya, bila sistemnya dilanggar bermakna dia menempah maut.

Kebobrokan dan kemerudunan hidup sehingga kita mencapai kehinaan hidup adalah kerana kita menolak sistem yang telah ditetapkan. Saya salut anak muda yang berjuang mengembalikan kemuliaan hidup, kemuliaan itu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk umat sejagat. Betapa besarnya kemuliaan perjuangan mereka.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Mengembalikan Kemuliaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s