Krisis Pemikiran

Bismillahirrahmaanirrahim

Sejarah mencatatkan perbezaan pemikiran melahirkan pelbagai ideologi, mazhab dan kumpulan-kumpulan. Perbezaan pemikiran adalah satu sifat semulajadi yang diciptakan Allah SWT dalam diri manusia.

Dalam satu organisasi yang mempunyai ahli yang pelbagai latar belakang akan melahirkan pelbagai pendapat. Kepelbagaian pemikiran ini sebenarnya melahirkan kesan positif malah negetif jika tidak ditangani dengan baik.

Organisasi ataupun pertubuhan Islam khususnya di negara kita terdapat pelbagai aliran, kepelbagaian aliran ini berasaskan latar belakang sumber pemikiran setiap pimpinan. Sebagai contoh Hizbul Muslimin yang dianggap Pemerintah British sebagai haluan kiri adalah berasaskan kepada pemikiran Islah yang berpaksi di Timur Tengah. Pemikiran ini dipelopori oleh Jamaluddin Al Afghani, Mohd Abduh dan Rashid Redha.

Antara aspek yang harus ditekankan dalam mengurus organisasi adalah dalam aspek perbezaan pendapat. Aspek ini jika tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan kecelaruan dan akhirnya kebencian ahli kepada organisasi. Ini memerlukan kecekapan dan kepandaian pimpinan.

Saya cukup tertarik dengan Parti Islam Se- Malayasia dalam mengurus perbezaan pendapat di kalangan mereka. Antara cara yang digunakan bagi membina kesatuan pemikiran seterusnya kesatuan amal adalah dengan menekankan aspek tarbiyyah.

Atas kesedaran dari sejarah lampau jemaah ini mengambil langkah awal bagi membendung perkara lama berulang. Langkah yang diambil oleh jemaah sangat bertepatan dengan keadaan semasa. Tanpa menekankan aspek tarbiyyah sudah tentu sejarah kecelaruan dalam jemaah kembali berulang dan mengakitbatkan protes dari ahli.

Saya tidak melihat (setakat ini) cara yang lebih berkesan bagi membendung krisis pemikiran yang melampau sehingga melemahkan jemaah melainkan semua ahli di setiap peringkat diberi penekanan dalam aspek tarbiyyah. Perkara ini bukan perkara baru malah ianya turut diamalkan oleh jemaah lain cuma cara pendekatan adalah berbeza-beza.

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s