Sejarah Pembentukan Pemikiran Masyarakat Barat

Bismillahirrahmaanirrahim

 

Eropah mencatatkan kisah silam yang penuh kegelapan. Mereka dikuasai oleh kuasa gereja sebagai penentu perjalanan hidup mereka. Kekuasaan raja juga berkait rapat dengan institusi gereja.

 

Sudah tentu suasana ini mendatangkan keresahan, kegelisahan, dalam sifat tabi’i manusia. Sebagai contoh penguasaan tuan tanah keatas rakyat marahen berlawanan dengan sifat semulajadi manusia. Perasaan ingin bebas dari konkongan pihak tertentu akhirnya membuak-buak sehinggalah akhirnya tercetus pelbagai revolusi di barat.

 

Institusi gereja yang digerakkan dengan cara kekuasaan dan mengikut hawa nafsu melahirkan kebencian rakyat.  Sebilangan bijak pandai barat memutuskan perkara ini harus dipecahkan. Masyarakat harus dibebaskan. Walaupun pada awalnya gerakan ini lebih kepada gerakan bawah tanah akhirnya dengan mudah diterima oleh rakyat yang benar-benar dahagakan kebebasan.

 

Pembebasan institusi gereja daripada kehidupan manusia melahirkan zaman pencerahan di eropah. Doktrin kebebasan menyerap masuk kedalam kotak pemikiran bangsa barat. Institusi agama akhirnya menjadi lambang agama semata-mata dan amalan ritual individu.

 

Sedari itulah eropah terus dan terus berkembang membina tamadun kebendaan dan tamadun kemodenan di atas dasar perpisahan agama dari kehidupan masyarakat. Bagi mereka selama ini keterikatan mereka dengan agama lah yang membuatkan hidup mereka dalam kegelapan dan kejumudan.

 

Dalam era kegelapan di barat, di timur pada masa itu (Tanah Umat Islam) cahayanya penuh bersinar menyinari kehidupan manusia. Pemikiran, kemodenan yang dicapai menjangkaui  sangkaan barat. Tamadun yang tiada tolak bandingnya dengan tamadun-tamadun yang sebelumnya.

Cahaya ini menyinari sehingga ke pintu barat melalui tanah Andalus. Pemikir-pemikir barat yang menuntut ilmu di Andalus membawa hasilnya ke barat dalam rupa yang mereka ingini, bukan dalam pemahaman Islam yang sebenar.

 

Pemerintah di barat menyedari ‘cahaya’ Islam tidak lama lagi akan sampai ke tanah Barat. Akhirnya mereka akur dengan pemahaman baru yang dibawa oleh pembawa fahaman kebebasan ini. Tercetuslah perang salib yang memakan masa ratusan tahun antara Tentera Salib dan Tentera Islam.

 

Peperangan yang memakan masa ratusan tahun ini mempunyai treck record turun naik di antara kedua belah pihak. Antara kemenangan terbesar pihak Islam ialah kemenangan tentera Solehuddin Al Ayyubi menguasai Baitulmaqdis.

 

Kesimpulan

 

Sejarah mencatatkan untuk kita bagaimana pembentukan pemikiran masyarakat barat. Bangsa eropah yang ditindas bangkit membebaskan diri mereka dari penguasaan agama (gereja) demi kehidupan yang cerah. Maka terbentuklah pemikiran Agama Suku Kehidupan Harian Suku. Tidak ada kaitan agama dalam aspek kerja buat mereka seharian. Fahaman ini menjadi satu senjata yang digunakan untuk menghancurkan umat Islam yang dilihat sebagai ancaman kepada barat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s