Oksidentalisme

Bismillahirrahmaanirrahim

Kami diminta memilih tajuk untuk buat kerja kursus. Tak ada orang ambil tajuk oksidentalisme. Mungkin jarang dengar jadi bimbang tak ada bahan yang banyak. Oleh itu saya pun tak memilih tajuk ni. Kawan sekerja mungkin tak setuju saya pilih tajuk ni. Jadi abaikan sahaja lah.

Oksidentalisme seperti yang disebut di dalam wikipedia.org ialah stereotyped and sometimes dehumanizing views on the Western world, including Europe and the English-speaking world atau ideologies or visions of the West developed in either the West or non-West. Maknanya kajian orang timur tentang dunia barat. Sebelum ni kita dengar orientalisme iaitu kajian orang barat tentang dunia timur khususnya negara umat Islam, jadi oksidentalisme ialah satu subjek baru dalam dunia umat Islam.

Setelah kejatuhan umat Islam khusus nya selepas kejatuhan Baghdad ke tangan tentera Mongol umat Islam mengalami kemunduran yang teruk. Pintu-pintu ijtihad ditutup. Pemerintah mengarahkan ulama-ulama mengeluarkan pendapat atau fatwa yang bersesuaian dengan kepentingan pemerintah. Mulai saat itu umat Islam seolah-olah berada dalam kegelapan. Zaman ini dianggap gelap bukan kerana pembangunan yang mundur tetapi peranan akal disekat.

Abad moden ataupun abad ke-18 sebilangan reformis mula bangkit menyedarkan umat Islam dari kegelapan. Antaranya Jamaluddin Al Afghani, Mohd Abduh dan Rashid Redha. Walaupun usaha mereka tidak mendatangkan impak yang besar tetapi ia menjadi batu loncatan untuk umat Islam yang kedepan untuk meneruskan reformasi umat Islam.

Menidakkan peranan mereka adalah satu kesilapan yang besar. Saya berpendapat mereka ini antara tokoh oksidentalis yang awal mengkaji tentang berat. Contoh nya Jamaluddin Al Afghani dan anak muridnya Mohd Abduh yang pernah menetap di eropah. Kita terpaksa menerima hakikat yang kita perlu mempelajari sesuatu melalui barat. Tetapi ini bukanlah sebagai tiket kita menerima barat bulat-bulat seperti yang dilakukan Kamal Ar Tartuk.

Umat ini telah melalui penderitaan yang terlalu panjang. Kita ditambah dengan pelbagai kesakitan. Anda boleh senaraikan penyakit umat. Rasuah, hedonisme, sekularisme, sosialisme, buang anak, seks bebas, pergaduhan sesama umat Islam, politik dan banyak lagi jika disenaraikan terlalu banyak. Kita tak akan mampu menyelesai penyakit umat ini jika hanya banyak berteori tanpa ada tindakan.

Allah SWT menganugerahkan ilham yang besar kepada Imam Hasan Al Bana. Beliau tokoh pemikir yang cuba membawa penyelesaian kepada masalah umat. Pendekatan Hasan Al Bana dalam menyelesaikan permasalahan ialah dengan mula membaiki dari diri kita. Memang benar, tanpa setiap orang membaiki dirinya sendiri jangan bermimpi untuk menyelesaikan politik, agama, masyarakat dan perkara yang lebih besar.

Begitulah contoh-contoh yang dibawa oleh pemikir umat dalam menyelesaikan masalah. Mereka sedar kesakitan yang dirasai umat adalah kesakitan yang dilalui mereka juga. Pimpinan umat harus sedar hakikat ini. Tidak boleh terus dikuasai oleh tangan-tangan luar. Perlu ada rasa membangkitkan kembali kemulian umat yang telah terperuk di lembah kemunduran.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s