Pecutan Umat

Bismillahirrahmaanirrahim

Sejak kejatuhan umat Islam di Baghdad ke tangan  Mongol, umat Islam terus terperosok dalam kemunduran. Pintu-pintu ijtihad ditutup. Ulama yang berkhidmat dengan pemerintah haruslah selari dengan pemerintah. Krisis kemunduran umat adalah krisis pemikiran umat yang dikunci.

Itulah antara beban sejarah yang dipikul umat Islam sehingga sekarang. Bayangkan jarak masa yang terlalu panjang di antara kejatuhan Baghdad (Zaman Abbasiyyah) sehingga kini. Ilmuwan, cendikiawan dibelenggu kotak pemikiran nya yang dipisahkan pemerintahan politik dan pemerintahan intelektual membawa bentuk pemikiran umat yang teruk.

Bermula abad moden atau kurun ke 18 lahirnya golongan reformis dalam kalangan umat Islam. Mereka tidak lagi redha melihat umat ini terus ketinggalan dan diperbudakkan oleh penjajah. Pelbagai usaha membangkitkan kebangkitan umat. Kesan nya cukup perlahan. Di manakah silap nya?.

Usaha dan terus berusaha. Janji Allah tetap benar. Saya meyakini kejayaan itu. Sebuah kerja yang tidak cukup had umur seorang manusia. Perlu berani dan pantas mentaakul. Atas asas keimanan dan syariat moga dipermudahkan dengan jalan pembaharuan.

Paradigma umat perlu diubah dengan ilmu, ilmu yang dicapai bukan jalan peperiksaan tapi kefahaman, polisi dan dasar tidak dapat diubah tanpa perubahan kepimpinan politik. Itulah pokok pangkal penghalang kepada ‘letupan’ umat. Umat akan ‘meletup’ dan menghasilkan gegaran kepada dunia barat dan bersedia mengatakan ‘kami sudah muncul’ bila batu penghalang ini dipecahkan. Mereka mewarisi beban sejarah dan paradigma warisan terdahulu. Tidak umat yang akan melakukan pecutan ini.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s