Krisis Umat

Bismillahirrahmaanirrahim

Bacaan ini memerlukan kesabaran dan taakulan yang bersungguh-sungguh untuk kita memperolehi satu nilai tambah dalam ilmu dan kesedaran dalam membela umat. Kita dalam proses yang panjang untuk mengangkat kembali kemuliaan umat.

Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan  yang ada pada diri mereka sendiri.

Ar- Ra’d :11

 

Sejak berkurun lamanya umat Islam diserang dan ditindas. Bermula dengan serangan secara fizikal sehinggalah secara psikologi ataupun moral. Pada awal serangan fizikal (saya bermula zaman penjajahan) umat Islam kuat mempertahankan aqidah. Mempertahankan Islam. Penjajah menjalankan eksperimen melalui proses kekerasan. Adakah proses ini mampu menumbangkan umat Islam. Jika berjaya proses inilah yang terbaik dan akan diteruskan dengan hanya menukar cara mengikut kesesuaian zaman.

Natijah yang diperolehi mereka, umat Islam tetap berpegang teguh walau bagaimana cara sekalipun proses kekerasan itu dilaksanakan. Malah dengan cara ini sebenarnya membangkit semangat jihad dan pejuang-pejuang tanah air. Sesuai dengan kefahaman umat Islam sejak kejatuhan Baghdad ke tangan Mongol (Paradigma atau kafahaman umat Islam sebelum kejatuhan Baghdad adalah berbeza).

Perkara ini disokong dengan kenyataan Albermeshador katanya aku tidaklah meramal atau menelaah. Tapi banyak petanda yang menunjukkan kemungkinan-kemungkinan ini semua…kekuatannya sudah tidak mampu disekat oleh tenaga nuklear atau peluru berpandu. (Jalal al-‘Alim, 2002 : 44).

Jiwa umat Islam berlainan dengan jiwa bangsa-bangsa lain di dunia. Sejarah membuktikan jiwa bangsa lain mampu ditembusi dengan senjata untuk ditawan diri-diri mereka seperti revolusi Perancis tetapi tidak umat Islam. Psikologi umat Islam adalah aqidah dan iman. Sampai kiamat pun jiwa ini tidak mampu ditembusi.

Pihat barat sedar kegagalan mereka dalam melaksanakan proses ini di negara-negara umat Islam. Selama-lama nya mereka tidak akan mampu menjajah bumi umat Islam. Satu cara perlu difikirkan bagi mengatasi dan membendung umat Islam ini bangkit dan kembali gemilang sepertimana dahulu.

Mereka berpendirian proses penjajahan keatas bumi Islam yang mengandungi bahan mentah dan galian bukan hanya sekadar penjajahan bagi memperolehi galian tersebut tetapi serangan mengugah keyakinan umat ini kepada agama Islam. Pihak barat menyedari kekuatan Islam terletak pada aqidah dan Islam itu sendiri maka proses mencabut keyakinan itu ialah dengan meluaskan kempen menjauhkan umat Islam dengan agama mereka.

Mereka menjalankan kempen menukar kefahaman dan penghayatan syariah dan menjadikan prinsip-prinsip Islam yang kukuh daripada kuasa yang aktif, bermotivasi, penuh dengan nilai-nilai positif kepada bentuk yang kaku dan tidak berkemampuan untuk membangkitkan atau mengarah roh dan kehidupan para Muslim.(Ismail Faruqi, 2009 : xvi).

Buktinya lahir pelbagai aliran dan kefahaman yang sesat daripada kalangan umat Islam. Kita dapat lihat aliran Islam Sekularis, Islam Nasionalis, Islam Liberalis, Islam Konservatif, Islam Fundamentalis dan banyak lagi. Aliran-aliran ini mewakili bentuk kefahaman Islam yang salah dan ada yang sesat sama sekali. Perkara-perkara ini barat perlu cipta supaya umat Islam terus sibuk menangani mereka dahulu dan menjadi polemik dikalangan umat Islam sebelum mampu bangkit sebagai sebuah tamadun yang hebat. Selagi golongan di atas ini wujud di bumi umat Islam selagi itulah barat terus tersenyum dengan tenang.

Bagi melaksanakan program melahirkan golongan yang beraliran tadi, pihak barat telah mengaturkan rancangan merosakkan kefahaman umat Islam. Antarnya :

1. Pada zaman perindustrian yang berkembang pesat di barat, mereka menginport masuk bijak pandai muslim dan memberi biasiswa kepada mereka untuk belajar dan merasai sendiri kemajuan barat. Mereka juga mengekspot barang keluaran mereka ke negara umat Islam. Ini memberi satu kejutan budaya yang kuat kepada umat Islam. Hasilnya umat Islam menghadapi krisis pemikiran ataupun kejatuhan moral yang amat teruk. Apa yang datang daripada barat dianggap hebat, moden, maju, segar (walau seluar dalam sekalipun) tetapi sebaliknya jika datang daripada umat Islam.

2. Mereka kemudian memperkenalkan sistem pendidikan dualisme. Sistem dualisme ini ialah memisahkan pendidikan duniawi daripada ukhrawi. Hasilnya kita lihat sehingga kini di mana-mana negara umat Islam ada dua aliran pendidikan, samada aliran agama ataupun aliran sains atau teknik. Selagi sistem ini dilaksanakan kita akan melahirkan jika seorang arkitek adalah arkitek yang tidak mempunyai roh Islam dan jika seorang agamawan ialah agamawan yang gagal dalam soal duniawinya. (Satu perbincangan khusus mengenai proses pendidikan dualisme ini perlu dibentangkan bagi memberi gambaran yang jelas).

3. Pelaksanaan sistem sekular dalam pemerintahan. Ini adalah satu senjata yang akan mengekakalkan tampuk pemerintahan barat di dunia ini. Perjalanan sistem sekular perlu diteruskan walau mereka tidak menjajah, di situlah penting nya program pendidikan dualisme diatas.  Golongan yang mendapat pendidikan sekular ini ditarbiyyah, didoktrinkan pemikiran mereka akan kehebatan barat seperti yang berlaku kepada Kamal Ar Tartuk di Turki.

Sebenarnya banyak lagi program yang dilaksanakan barat bagi menghancurkan umat Islam. Samada rancangan-rancangan ini dilaksanakan secara langsung oleh barat atau melalui tangan-tangan tali barut mereka hasil nya adalah umat Islam akan terus dalam kehinaan. Apa yang dapat kita lihat di kalangan umat Islam yang mendepani isu-isu ini ialah lahirnya sikap tidak pedulisme. Mereka beranggapan cukuplah mereka sebagai umat Islam, menjalani ibadah mengikut syariat seterusnya mati meninggalkan dunia. Saya yakin mereka yang punya kesedaran tentang isu ini dan membiarkan umat begitu sahaja akan dipertanggungjawabkan oleh Allah mengikut tahap kemampuan yang dimiliki.

 

Al Faqir ila Rabbihi

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s