Proses Kebangkitan Umat

Bismillahirrahmaanirrahim

Pada tahun 1997/1998 kita di sebelah rantau Asia Tenggara pernah diserang oleh spekulator wang terkenal dunia George Soros. Beliau seorang yang berketurunan yahudi dikatakan dalam majalah Forbes mempunyai aset sebanyak 11.o billion US. (http://ms.wikipedia.org/wiki/George_Soros ).

Pada tahun tersebut negara-negara di rantau Asia Tenggara mengalami inflasi yang amat teruk. Indonesia mengambil keputusan meminjam wang daripada Bank Dunia sehingga kini Indonesia tidak mampu membayar wang pinjaman tersebut. Brunei yang dikatakan hampir muflis mujurlah mempunyai simpanan wang bagi menampung krisis yang melanda.

Lihatlah wahai umat, bagaimana barat menyerang kita. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk memporak peranda dunia kita. Itulah perbezaan antara kewangan barat dan dunia timur khusus nya umat Islam. Kita belum lagi membandingkan dari sudut politik, pengurusan, pentadbiran, pendidikan. Kesemuanya kita ketinggalan.

Kenapa semua ini berlaku? Kerana ilmu. Kita tidak menguasai ilmu. Sebagai contoh minyak. Lihat sahaja di bumi umat Islam. Kita ada banyak sumber ini. Di tanah arab hampir keseluruhan nya dikuasai pemerintah muslim ada simpanan minyak yang banyak. Tetapi yang melakukan proses cari gali adalah daripada barat samada BP, Shell dan banyak lagi. Kebergantungan kita kepada barat tidak dapat dipisahkan kerana kita tidak ada ilmu untuk proses cari gali.

Oleh kerana menguasai ilmu mereka berkuasa di dunia ini walaupun di negara mereka satu telaga minyak pun tiada. Umat Islam harus disedarkan dengan penting nya penguasaan ilmu jika tidak mahu terus dikuasai barat. Namun apa yang menyedihkan adalah apabila kita melahirkan bijak pandai dalam bidang tertentu tetapi bijak pandai ini tidak mempunyai roh Islam dan akhirnya berkhidmat di barat dan mengangkat kemajuan barat.

Satu proses yang perlu umat Islam fikirkan ialah proses pengislaman ilmu. Proses ini amat penting jika kita ingin lahirkan seorang yang mempunyai roh Islam walau dalam bidang apa pun dia kuasai. Dengan itu akan menimbulkan kebangkitan yang menyeluruh bukan sahaja dari aspek semangat sahaja yang kita anuti sejak sekian lama tetapi dalam bidang-bidang lain secara keseluruhan nya.

Al Faqir Ila Rabbihi,

Kajang Utama,

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s