Tarekat Di Malaysia

Bismillahirrahmaanirrahim

Tarekat bukanlah suatu yang baru di dalam dunia umat Islam. Tarekat sudah muncul sejak zaman awal kebangkitan Islam. Namun kita selalu mendengar tarekat disinonimkan dengan ajaran sesat.

Jika diteliti pada senarai kewujudan ajaran sesat khususnya di Malaysia, kita akan dapati kebanyakan mereka berorientasikan tasawuf ataupun tarekat. Berdasarkan fenomena ini lah lahir nya persepsi negetif masyarakat kepada tarekat.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Profesor Zakaria di negeri Kelantan keatas golongan ustaz-ustaz dan pendidik yang mempunyai latar belakang agama, jelas menunjukkan mereka tidak memahami dengan betul apa itu tasawwuf dan tarekat.

Keadaan ini memberi gambaran tentang ketidakadilan dalam menghukum institusi tarekat itu adalah salah ataupun sesat. Penjelasan sepenuhnya tentang apa itu tasawwuf dan tarekat harus diberi bagi membetul persepsi masyarakat terhadap tarekat.

Prof Zakaria berpendapat, jika perlaksanaan tasawwuf yang betul dilaksanakan di dalam sistem pendidikan di negara kita, ianya boleh memberi impak yang positif kepada pelajar seterusnya melahirkan generasi idaman.

Ini menuntut satu usaha bersama di kalangan intelektualis dan pemerintah dalam mendalami permasalahan ini jika ingin melihat suasana masyarakat yang lebih harmoni.

Kita juga berharap jika perlaksanaan ini mampu memberi kesan positif maka pihak yang bertanggungjawab perlu memberi perhatian yang baik bagi melaksanakan nya ke peringkat akar umbi dan kedalam institusi-institusi lain.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Tarekat Di Malaysia

    • zaman sekarang ramai yang segera, bila camtu banyak la penyakit timbul, yang setahun jagung ilmunya bercakap macam jaguh, bertambah la sakit umat ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s