Membangun Umat Bukan Satu Khayalan

Bismillahirrahmaanirrahim

Sejak wahyu pertama diturunkan, Rasulullah SAW terus menyeru kearah mengabdikan diri kepada Allah yang satu. Seruan ini memberi gambaran satu usaha yang besar, iaitu menyatukan seluruh manusia dalam satu fahaman.

Seruan baginda menekankan kesatuan umat dalam rukun Iman dan rukun Islam. Hasil pemahaman yang jelas terhadap seruan baginda, lahirlah satu umat yang amat gemilang di bawah panji Islam, dibarisi pelbagai lapisan masyarakat dan etnik.

Banyak faktor-faktor yang mendorong umat berdiri di atas satu fikrah kerana umat Islam punya Allah yang sama, Rasul yang sama, sumber rujukan yang sama iaitu al-Quran dan as-Sunnah, kiblat yang sama, dan beberapa faktor lain lagi.

Namun selepas berlalu beberapa zaman, khususnya selepas kejatuhan Baghdad, kefahaman umat Islam mula berubah. Mereka sibuk dengan mencari Allah yang satu itu melalui pelbagai jalan dan kefahaman, kefahaman yang asal itu sudah mula kabur.

Lebih menyedihkan apabila umat ini melalui zaman kemerosotan, mereka diserang dengan pelbagai serangan pemikiran yang terus mengeliru dan memesong umat Islam. Sebagai contoh prosa kata penting di dalam Islam sudah mula dikelirukan maknanya.

Berapa ramai umat Islam era post modernisme yang memahami perkataan adil itu meletakkan sesuatu pada tempat berbanding kesamarataan. Itulah natijah kerosakan kefahaman umat Islam. Malah dari kerosakan kefahaman ini umat lebih parah dalam memahami Islam.

Kita boleh lihat persepsi masyarakat terhadap masjid contohnya. Tidak lebih sebagai tempat untuk melakukan ibadat dan transit bagi mereka yang menunggu kubur dipanggil. Itulah persepsi kebanyakan umat Islam selepas maknanya disalah ertikan, lebih menyedihkan usaha seperti ini dilaksanakan oleh umat Islam sendiri.

Oleh itu usaha membetulkan kefahaman umat Islam perlu dilaksanakan. Pelbagai cabang usaha tampak mula menonjol. Satu perkara yang penting adalah mereka yang cuba memberi kefahaman yang betul kepada umat haruslah mempunyai fahaman yang jelas juga sebelum menyampaikan kepada umat Islam.

Kita sedar kejahilan umat ini di dalam memahami Islam ditambah dengan kekeliruan yang dibawa oleh golongan asatizah yang tidak jelas tentang ilmu. Maka berlaku satu putaran di mana umat ini terus di dalam kefahaman yang salah.

Wallahu ta’ala A’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s