Mengajar Dan Belajar

Bismillahirrahmaanirrahim

Sejak saya belajar di UKM adalah dua, tiga orang pelajar saya di STAJ dahulu telefon tanyakan khabar. Alhamdulillah jawab saya. Sedang duduk mencicip kopi kadang-kadang teringat kenangan di sana. Seronok menghadapi pelbagai kerenah budak-budak.

Masa sekolah dulu tengok suasana guru ni macam seronok. Bila ada mesyuarat atau apa-apa program yang makan free mestilah guru. Cita-cita nak rasa macam tu dah tercapai. Apa kan daya tak dapat lama. Jika ditawarkan guru sudah tentu saya dengan senang hati menerima, tetapi apabila dihadapkan dengan belajar, saya tetap memilih belajar.

Satu perasaan yang berbeza bila belajar. Setiap kali sesuatu yang baru mengetuk pemikiran, saya dapat rasakan satu kepuasan. Kadang-kadang pulang ke rumah saya merapu dihadapan zaujah tentang apa yang saya belajar, zaujah lah satu-satu nya pendengar setia saya.

Cuma kini saya kesuntukan masa untuk membaca apa yang saya suka. Saya cuma dapat tumpukan bacaan kepada apa yang berkaitan dengan kerja kursus. Walaupun begitu ia sudah cukup bagi saya menambah sedikit sebanyak ilmu daripada tiada langsung.

Saya cuma berbaki beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Tanggal bulan tiga sepatutnya saya sudah menyiapkan kesemua kerja kursus yang diberi. Saya patut ambil sebulan di bulan tiga untuk peperiksaan akhir. Itu tidak menjadi masalah insyallah.

Sahabat-sahabat, doakan kejayaan saya disini.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s