Pemikiran Islam

Bismillahirrahmaanirrahim

Apabila kita membicarakan mengenai pemikiran, antara perkara yang harus diambil berat ialah susur galur muncul sesuatu pemikiran tersebut. Faktor ini amat penting dalam membentuk pemikiran dan lahirnya gerakan-gerakan.

Mengupas mengenai pemikiran Islam sudah tentu ruang disini tidak cukup dengan limitasi yang ada. Malah tajuk yang besar seperti ini tidak sesuai ditulis dalam bentuk makalah ringkas.

Namun usaha mengetengahkan asas-asas pemikiran Islam sedikit sebanyak disini adalah perlu sebagai langkah membentuk umat Islam yang mempunyai pemikiran ‘kelas pertama’.

Soal pemikiran mempunyai pelbagai rencam dan gayanya yang tertentu. Bermula dengan aliran yang bersifat literalis (harfiah), reformis, sehinggalah kepada bentuk pemikiran yang lebih longgar seperti liberalis dan sekularis.

Satu rumusan yang boleh dibuat mengenai pemikiran Islam, dalam banyak-banyak kewujudan pemikiran dalam Islam mungkin ia boleh diketegorikan kepada tiga. Golongan yang rigid dan jumud dalam mentafsir agama, golongan pertengahan atau mereka yang mengekalkan yang asal yang baik dan meraikan perkara baru yang baik dan yang terakhir adalah golongan yang bebas tanpa terikat dalam menafsir agama.

Hasil pembahagian ini kita boleh klasifikasikan gerakan atau jemaah yang ada pada masakini diantara kategori tadi. Namun pengkategorian ini tidak semestinya muktamad. Ada kemungkinan gerakan yang ada memberi banyak wajah.

Namun saya melihat lahirnya pelbagai wajah terhadap sesuatu gerakan itu berteraskan kepada tiga kategori tadi. Seperti fahaman pluralisme agama adalah hasil pemahaman yang longgar tadi.

Pembahagian ini memberi pro dan kontra dalam penggunaannya. Pembahagian ini mampu memudahkan umat Islam mengenal pasti doktrin ataupun fahaman sesuatu gerakan. Namun wujud penggunaan yang terlalu negetif dalam mengklasifikasikan Islam. Seperti istilah Islam feundamentalis.

Oleh itu penjelasan yang baik harus diusahakan oleh ilmuwan Islam dalam menolak bentuk serangan melalui istilah yang direka demi menentang Islam. Akhir-akhir ini iaitu sejak kebangkitan Islam sekitar abad 18 dan 19 telah wujud usaha serang balas dalam bentuk penjelasan ilmiah seperti buku, wacana, majalah dan lain-lain instrumen lagi.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s