‘Heroic Mind’ Satu Kesilapan

Bismillahirrahmaanirrahim

Kita biasa dengar ketokohan Salahuddin al-Ayyubi sebagai perwira yang membebaskan bumi al-Quds dari tangan kesatria-kesatria Templer ataupun tentera salib.

Tapi kita silap apabila sentiasa membesar-besar kisah tersebut sehingga muncul diminda kita bentuk pemikiran ‘heroic man’. Pemikiran ini wujud lebih awal dalam agama Kristian apabila mereka menganggap Nabi Isa sebagai penyelamat mereka.

Begitu juga dengan kisah nabi Musa dengan kaumnya yang tidak mahu ikut berperang bersama baginda kerana menganggap nabi Musa sebagai ‘hero’ dari Allah sudah tentu diberi kemenangan.

Kesan buruk hasil pemikiran seperti ini ialah umat Islam tidak akan ada semangat untuk berusaha dan membangkitkan umat ini. Kalau ada pun sekadar lepas batuk di tangga. Kerana umat kini didoktrin dengan kemunculan al-Mahdi. Umat Islam akan berjaya apabila al-Mahdi muncul.

Satu pendekatan yang salah apabila kita terlalu membesarkan kejayaan tokoh seperti kejayaan Salehuddin al-Ayyubi membuka Jeruselem, tetapi kita tidak pernah mengkaji sejarah sebelum kejayaan dicapai.

Contoh mudah ialah kejayaan Revolusi Iran menggulingkan Reza Shah Pahlavi boneka barat. Dikatakan pada masa itu ulama beribu-ribu memberi pencerahan kepada rakyat, madrasah terdapat diceruk kawasan, rakyat sudah punya keahlian menerima perubahan.

Imam Khoemaini hanyalah figure yang dilihat layak memimpin revolusi tersebut. Yang jelas adalah persiapan setiap orang rakyat Iran yang inginkan perubahan, suasana mencorak perubahan. Kejayaan perubahan itu bukan datang secara magis kerana kehebatan Imam Khoemaini tetapi usaha mereka-mereka yang sebelum itu yang menjayakan revolusi tersebut.

Begitulah juga kejayaan kegemilangan Islam di Baghdad yang menjadi pusat tumpuan seluruh dunia timur dan barat. Semua ilmu ada di Baghdad, teknologi paling hebat ada di Baghdad. Sebelum kejayaan itu dikecapi, ratusan tahun umat Islam berjuang menegak dan mendaulatkan Islam sejak zaman Rasulullah, sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan salafus soleh.

Kejayaan ini dicapai dengan usaha dan keterlibatan semua orang, begitulah umat Islam harus memahami, bukan menyerah kepada sebilangan orang sahaja yang berusaha mendaulatkan Islam, apatah lagi umat Islam diperintah bukan memerintah. Malah lebih teruk ada yang rasa ‘kerana akulah ia berjaya’ seolah menafikan usaha yang lain.

Begitulah kejayaan ini dicapai. Bukan bergantung dengan seorang ‘hero’ tetapi bekerja mencapai kejayaan tersebut secara menyeluruh. Jemaah Islam perlu menyediakan masyarakat yang bersedia berubah. Pencerahan dan perubahan paradigma perlu digerakkan dari tahyul moden iaitu hanya bergantung dengan yang sedia ada.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s