Kumpulan ‘Jihad Islami’ Tidak Digeruni

Bismillahirrahmaanirrahim

Sejak kebangkitan Islam iaitu respon umat Islam kepada penjajahan barat, pelbagai kumpulan muncul. Sejak kesedaran yang ditimbulkan oleh Al-Afghani, Abduh, Rashid Redha, Hasan Al-Banna, Al-Maududi dan ramai lagi telah memberi satu semangat dan cahaya baru kepada Islam setelah sejak sekian lama kemunduran dan ditindas.

Dari situ pelbagai penyelesaian cuba dibawa kedalam membangkitkan kembali umat Islam seperti melaksanakan sistem yang sama dengan sistem yang barat jalankan kerana melihat barat maju dengan sistem tersebut, tapi usaha ini gagal, ada yang menyeru agar kembali mengamalkan seperti mana yang diamalkan oleh tiga kurun yang dikatakan terbaik oleh baginda Rasulullah, namun adakah pelaksanaannya syumul ataupun hanya dari sudut pengamalan sunnah seperti berpakaian dan ibadat khusus, cara ini juga tidak mendatangkan penyelesaian yang menyeluruh.

Namun sedang usaha-usaha ini dijalankan terdapat segolongan yang menganggap penyelesaian untuk umat Islam ini bangkit adalah dengan menghapuskan barat. Umat ini tidak akan bangkit selagi asyik diperintah oleh barat. Dengan membawa kekacauan kepada institusi penting barat sudah tentu akan menggugat kestabilan ekonomi seterusnya melumpuhkan barat.

Usaha ini tidak mendapat sambutan seluruh umat Islam. Malah ia dimanipulasi oleh barat dalam menggambarkan Islam itu sebagai pengganas. Mereka juga mengambil kesempatan membuktikan kenyataan orentalis yang mengatakan Islam tersebar dengan mata pedang. Barat mendapat keuntungan hasil kecetekan pemikiran sesetengah umat Islam yang menganggap ini memberi solusi yang baik.

Ada yang mengandaikan kewujudan extremist Islam ini adalah rekaan barat. Ini tidak disokong dengan justifikasi ataupun fakta yang jelas. Perkara ini telah mendapat teguran oleh al-‘Allamah Dr Yusuf al-Qardhawi ketika meminta kumpulan al-Qaeda di Algeria menghentikan serangan pengeboman di tempat awan.

Sudah tentu ada solusi yang lebih baik untuk kita fikirkan daripada mengambil jalan yang menunjukkan kita seseorang yang sedang mengalami perasaan putus asa dalam perjuangan yang dianggap terlalu lambat dan perlahan berjalan. Saya tidak nafikan di sesetengah tempah memerlukan pendekatan yang tegas terhadap barat yang mana saya yakin menepati syarak.

Seruan kita pada hari ini supaya tidak memilih jalan keganasan. Perkara ini  merugikan seluruh dakwah Islamiyyah di seluruh dunia dengan ‘worldview’ yang buruk keatas Islam, ini sudah tentu melambatkan proses kebangkitan dan kejayaan umat Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s