Politik Murahan Gerombolan

Bismillahirrahmaanirrahim

Keadaan politik umat Islam sepertimana biasa, tidak pernah sepi dan diam. Sentiasa hangat dengan isu-isu yang membangkitkan emosi. Pelbagai taktik digunakan untuk memenangi peperangan politik. Paling hangat ketika ini adalah video lucah melibatkan ahli politik.

Perkara mengimejkan seseorang dengan imej yang buruk bukanlah satu taktik yang baru dalam strategi politik, ia satu taktik yang sudah lama dipakai, cuma mengikut kesesuaian keadaan dan waktu untuk dilaksanakan. Cara ini jugalah yang digunakan barat khususnya Amerika dengan mengambil sebahagian aksi ganas umat Islam yang tidak faham Islam dengan baik dan terus melabelkan Islam sebagai Terrorist.

‘ Matlamat menghalalkan cara’, itulah terma yang digunakan Michievieli dalam menjayakan politik beliau. Michievieli yang mengagungkan Teori Darwin telah bertindak ganas demi survival politik beliau. Boleh kita katakan disini, mereka yang menggunakan taktik ini adalah penganut fahaman Darwin?

Saya melihat taktik video lucah adalah taktik politik kotor, politik yang diamalkan barat, tidak ada demokrasi dan keadilan. Mungkin inilah kesan pendidikan barat keatas akal fikiran golongan politikus murahan ini.

Gerakan Islam yang bergerak melalui politik di Malaysia adalah contoh terbaik tentang proses islamisasi ilmu demokrasi barat dari segi teori dan praktikalnya. Usaha seperti ini patut mendapat pujian dan galakan dari umat Islam. Sudah tentu proses ini ada kelemahan sepanjang perjalanannya, tetapi bagi umat Islam menyokong, mendokong, memberi buah fikiran agar tujuan Islamisasi Ilmu iaitu mendaulatkan Islam tercapai.

Ayuh…! bersama bekerja mendaulatkan Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s