Jauhi Sifat ‘Absolutisme’

Bismillahirrahmaanirrahim

Umat Islam sejak kejatuhan Baghdad yang mana satu ketika dahulu sebagai pusat tamadun Umat Islam dan menjadi lambang kemegahan, keagungan dunia Islam mula menampakkan kesan yang negetif.

Antaranya fanatik mazhab, ketaksuban kepada tokoh-tokoh tertentu, penutupan pintu ijtihad dan dikotomi Ilmu (pengasingan ilmu agama dan duniawi). Perkara-perkara ini terjadi kerana sistem pemerintahan pada masa itu (pemerintah Mongol) yang dipecah kepada kerajaan-kerajaan kecil ataupun dipanggil mamalik menghalang umat Islam berkembang seperti mana zaman keagungan Baghdad.

Setelah beberapa zaman berlalu, umat Islam kekal dalam kemunduran dan kemiskinan. Ditambah dengan tekanan dari pihak Imprealis barat menjajah bumi Islam, ianya menambah luka yang dihadapi oleh kaum muslimin di seluruh dunia.

Penderitaan yang dialami ini mencetuskan pelbagai respon ataupun reaksi yang berbeza dari umat Islam sendiri setelah sekian lama terperuk dengan ‘penderitaan’. Dewasa ini respon yang diberi lebih menjurus kepada mencari solusi yang terbaik mengembalikan umat Islam seperti zaman keagungan mereka.

Saya berpendapat ada baik kepelbagaian respon ini diberi peluang mencuba pendekatan masing-masing. Kita tidak dapat menentukan sehingga sekarang pendekatan yang terbaik memulihkan kembali penyakit umat. Saya yakin pendekatan-pendekatan yang dibawa samada sebuah gerakan ataupun individu akan memberi kesan, bezanya impak itu besar mahupun kecil.

Ketika proses eksperimen ini berjalan, satu sifat yang perlu dihindarkan adalah absolutism (Merasa diri mereka sahaja yang betul) dikalangan gerakan-gerakan dan individu yang melancarkan gagasan masing-masing. Perkara ini akan menimbulkan penyakit baru dan manambah keparahan penyakit lama. Suara-suara sinis hendaklah dielak. Satu terma yang baik untuk digunakan saat proses ini berjalan adalah ‘bersatu apa yang disepakati, berlapang dengan perbezaan’.

Setiap umat Islam bulatkan matlamat dan azam untuk membaiki kemudian mengembalikan keagungan Islam, kerana itulah tanggungjawab setiap muslim yang harus mereka sedari saat umat mengalami kehinaan ini. Adalah janggal jika ada dikalangan umat Islam yang tidak punya sensitiviti terhadap nasib umatnya sendiri. Moga kita bukan dikalangan itu.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s