Ekonomi Kapitalis Yang Merugikan Kita

Bismillahirrahmaanirrahim

Di dalam Islam setiap kutipan zakat ataupun jizyah hendaklah di agihkan di tempat yang diambil, jika ada lebihan barulah dibawa ke pusat. Sebagai contoh minyak ataupun gas yang disedut diperairan Sabah dan Sarawak, maka keuntungan jualan petrol dan gas tersebut hendaklah diagihkan kepada rakyat negeri Sabah dan Sarawak dahulu. Namun realitinya kedua-dua negeri ini antara negeri paling teruk taraf kemiskinannya di Malaysia.

Kenapa ini terjadi?

Perkara ini terjadi kerana sistem ekonomi negara kita mengamalkan kuasa pemusatan. Dasar Kuasa Pemusatan ini telah diamalkan oleh perdana menteri Tun Dr Mahathir. Beliau melihat dengan mengamalkan dasar seperti ini maka tidak ada lagi halangan-halangan yang membataskan beliau mencapai visi yang diimpikan.

Setiap keuntungan hasil mahsul negara akan sampai ke Pusat dahulu. Dari sana barulah diagihkan kepada negeri-negeri yang mereka ingin agihkan. Dasar ini telah digunakan sesuka hati dengan memanipulasi kekayaan negara dengan agihan yang tidak adil. Bagaimana negeri Terengganu yang kaya dengan hasil petroleum boleh menjadi negeri termiskin sedangkan antara keuntungan terbesar Petronas di dalam negara adalah hasil daripada tiga buah negeri termiskin di Malaysia.

Inilah amalan sistem Kapitalis yang tidak pernah melakukan keadilan kepada manusia. Selagi sistem ini digunapakai, sudah tentu masyarakat kekal ditakuk yang lama dan ‘kepala-kepala’ besar kapitalis makin kaya. Apa yang rakyat mampu lakukan? Negara demokrasi, kuasa di tangan rakyat.

Di Jepun kereta Vios sekitar RM30.000. Berapa harga Vios di Malaysia? Sekita RM80 ribu +++. Kenapa begitu ketara perbezaannya? Jawapannya adalah cukai. Malaysia di antara negara yang mempunyai cukai tertinggi di dunia. Kemana wang cukai tu mengalir??? Sudah tentulah kepada kerajaan. Wang daripada kerajaan akan mengalir kemana??? Wang itu akan mengalir ke syarikat-syarikat GLC seperti PLUS, FELDA, FELCRA dan sebagainya bagi menjaga kebajikan rakyat. Adakah kebajikan rakyat terjaga??? PLUS sebagai contoh, jalanraya ataupun lebuhraya adalah duit rakyat hasil pengaliran tadi, tetapi kenapa kita masih lagi perlu membayar tol?????????? Kuasa di tangan rakyat. Fikir-fikirkanlah.

Penulis menyeru agar ekonomis-ekonomis muslim bersedia mendepani cabaran sistem kapitalis. Sudah sampai masanya kita bersedia mengubah sistem yang telah lama memakan dan menghisap darah kita.

Wallahu Ta’ala A’lam

Tulisan ini hasil partisipasi Konvensyen Profesional Muda Melayu Kebangsaan 2011.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s