Jangan Biarkan Akal Kaku

Bismillahirrahmaanirrahim

Pada zaman gelap eropah, bangsa mereka hanya patuh kepada otoriti gereja. Ahli gereja atau paderi dianggap wakil tuhan. Setiap suruhan dan larangan mereka mewakili perintah tuhan. Sesiapa yang membantah dan melanggar perintah tersebut dianggap melanggar Tuhan. Ini satu dosa besar yang telah dilakukan bagi sesiapa yang tidak taat walaupun hakikat sebenar agama Kristian itu sudah diubah mengikut selera mereka.

Perkara ini mendapat bantahan sekeras-kerasnya golongan inteletual disana. Mereka mengecam tindakan ahli gereja yang melakukan kesalahan tetapi menyandarkan atas nama Tuhan. Malah yang lebih teruk, perkara ini membuahkan perasaan benci pada agama dan tercetus seruan kepada penafian agama, tidak kira dalam bentuk secular ataupun atheis.

Keadaan ini juga terjadi di dalam dunia Islam. Saat kejatuhan Islam sikap taklid buta berleluasa dimana-mana. Sebahagian mereka mengagungkan Sheikh-Sheikh sehingga tahap taksub. Pandangan yang bertentangan dianggap bersalah, pengkhianat, munafiq atau kafir. Perkara inilah yang membataskan pemikiran manusia dari terus berfikir.

Manusia takut untuk melontarkan idea dan buah pandangan, dibimbangi dilabel pengkhianat atau munafiq walaupun idea yang ingin disampaikan itu baik dan bernas. Sikap ini masih lagi terbawa-bawa dalam masyarakat sekarang. Sebagai contoh sekarang pelajar-pelajar di Universiti takut melontarkan idea yang dilihat mencabar pentadbiran kerana bimbang dicop sebagai pro-pembangkang dan dikenakan pelbagai akta sehingga digantung atau dibuang dari terus belajar walaupun idea tersebut punya manfaat yang besar walaupun berkongsi persamaan dengan mana-mana pertubuhan yang dianggap pembangkang. Ini satu fenomena yang menyekat penggunaan akal.

Sedangkan di dalam Islam kita diharuskan memberi pendapat selagimana tidak bertentangan dengan syariat dan menggugat dasar dengan adab-abab dan tatasusila yang baik, begitulah kehalusan Islam dalam membuka percambahan ilmu melalui akal dalam masa yang sama menjaga nilai-nilai murni sesama Islam.

Kita tidak mahu fenomena eropah gelap terus belaku di dunia umat Islam khususnya Malaysia, kita menjadi penakut melontar pandangan kerana dihadapan kita adalah ‘wakil Allah’, kita bimbang memberi kritikan membina bimbang diserang atau dilabel, budaya ini haruslah dibuang. Jadilah sepertimana golongan salaf al-Soleh yang terbuka menerima pandangan dalam masa yang sama menjaga adab dan tatasusila sesama umat Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s