Pemikiran Tradisional

Bismillahirrahmaanirrahim

Masyarakat Islam di Malaysia mewarisi agama Islam sejak tujuh ratus tahun yang lampau. Saat itu saya amat yakin kedatangan Islam adalah setelah kejatuhan Baghdad yang mengalami kemerosotan ilmu yang mana pada asalnya penuh dengan percambahan ilmu hasil penggunaan peranti ijtihad dalam kehidupan umat Islam.

Adalah patut umat Islam nusantara mempertahankan Islam yang diwarisi mereka itu, kerana Islam lah yang datang membawa mereke mengenal ada tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini, namun masalah timbul apabila Islam yang diwarisi itu adalah hasil kemerosotan ilmu yang diambil setelah kejatuhan Baghdad kerana implikasi yang wujud setelah kejatuhan itu adalah taklid dan fanatik mazhab.

Saya beranggapan kerana itulah umat Islam khususnya di Malaysia masih lagi kuat mempertahankan amalan dan kepercayaan agama yang diwarisi mereka. Sehingga apabila wujud perkara baru yang datang mengganggu norma yang diamalkan akan ditolak dan tidak diterima.

Sifat berpegang teguh dengan amalan dan kepercayaan dalam beragama ini sebenarnya memberi kesan dalam pemikiran umat Islam di Malaysia. Lebih mudah jika saya katakan mereka bertaklid dengan pendapat tokoh-tokoh agama yang berpengaruh dalam masyarakat. Budaya memperolehi ilmu itu dalam bentuk perolehan asal, perbandingan, kajian dan percambahan ilmu tidak dibudayakan menyebab sifat dan bentuk pemikiran umat Islam di Malaysia satu bentuk.

Kesan dalam kehidupan yang dapat kita lihat adalah mereka akan mempertahankan sesuatu yang dianggap melibatkan agama, sebagai contoh amalan membaca Yasin amat kuat diamalkan dan dipertahankan oleh Muslim Melayu walaupun amalan tersebut adalah sunat. Mereka tidak mampu membezakan masalah pokok dan cabang, apa yang dilihat adalah sesuatu yang berkaitan dengan agama wajib dipertahankan dan setiap ganggu gugat harus ditentang.

Oleh kerana agama Islam hadir ke nusantara dan digarap di pondok-pondok atau pesantren-pesantren maka peranan ustaz, ulama, tok guru amat penting. Budaya memuliakan guru adalah baik dan dituntut di dalam Islam dan ianya menjadi budaya yang kuat tertanam di dalam pemikiran masyarakat Melayu, namun sampai satu tahap taqdis sebenarnya telah membataskan percambahan ilmu.

Proses penggarapan ilmu di pondok-pondok dilihat oleh aliran moden adalah menjauhkan Islam dengan keadaan semasa, seperti mentaqdiskan ulama sehingga membataskan ilmu adalah proses yang sama dialami selepas kejatuhan Baghdad, pembinaan disiplin-disiplin baru dalam ilmu tidak berlaku dan sukar berlaku kerana limitasi atau kekangan itu tadi.

Anjakan minda umat Islam sangat dituntut dalam menongkah arus dunia sekarang. Gerakan Islam yang dianggap sesetengah pengkaji sebagai the little nation state harus sedar masalah ini dan menjauhi sifat tradisionalisme yang mempertahankan budaya lama dengan menolak pembaharuan tanpa mampu membezakan thabat dan murunah nya di dalam Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s