Darjah Dua

Bismillahirrahmaanirrahim

Selama tiga hari dua malam kami bermalam di Kompleks Sukan Pandamaran sempena Jambori Amal Peringkat Negeri Selangor. Aktiviti yang dijalankan kali ini lebih kepada khidmat masyarakat. Kami diarahkan untuk membersihkan dua tempat, pertama sebuha kampung yang dilanda banjir dan sebuah surau.

Alhamdulillah aktiviti gotong royong tersebut selesai sebelum zohor, saya mengambil tempat di dalam surau ingin melepaskan lelah beraktiviti. Saat itu datang tiga orang budak bertanya-tanya tentang aktiviti kami. Saya ambil kesempatan berbual dengan mereka.

Ketika berbual salah seorang diantara mereka suka menggunakan perkataan-perkataan lucah, saya jangkan budak ni mesti mezalimi apa yang di sebut, sedang kawan-kawan dia yang lain tidak begitu. Saya ambil peluang ini untuk mencungkil.

Saya: Siapa ajar cakap camtu?

Budak: Abang tingkatan satu.

Saya: Ada berapa orang adik beradik?

Budak: Lapan, saya yang ke tujuh.

Saya: Duit dalam tu nak buat apa ? (sambil menunjuk kearah beg duit yang dipegang)

Kawan budak : Dia nak beli rokok bang.

Saya: Hisap rokok ke? ayah tak marah?

Budak: Hisap, ayah tak marah pon.

Saya: Ayah hisap rokok?

Budak: Hisap.

Saya: Mak?

Budak: Hisap.

Saya: Siapa lagi hisap?

Budak: Abang-abang semua hisap kecuali kakak sorang je tak hisap.

Saya: Ayah dengan mak sembahyang?

Budak: Ayah tak, mak sembahyang.

Saya: Kat umah selalu tengok cerita apa?

Kawan budak: Dia selalu tengok cerita rempit-rempit, lumba-lumba, tak pakai baju.

Saya: Siapa belikan CD-CD tu?

Budak: Ayah, kat pasar malam.

Tiba-tiba azan berkumandang, saya ajak mereka solat, macam biasalah budak-budak di situ, mereka cabut. Sambil memikirkan nasib budak tadi, macam manalah mak ayah macam tu didik anak. Kalau ayah kencing berdiri anak pasti kencing berlari, makin teruk.

Teringat tanggungjawab baru yang dipikul sekarang. Seorang ayah buat anak yang tecinta. Moga Abi istiqamah didik Fidaiy insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s